“Tidak Memberi Nafkah Pada Isteri Yang Berkerja” – Ikuti Penjelasannya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang suami sudah semestinya mempunyai tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan terhadap isterinya. Sebagai seorang suami juga, dirinya perlu menyediakan tempat tinggal yang selesa, makanan serta pakaian buat anak serta isterinya. Namun begitu, bagaimana pula dengan nafkah? Jika isterinya berkerja dan suaminya tidak memberikan nafkah, adakah ia dikira sebagai suami yang mengabaikan nafkah kepada isteri. Disebabkan kebingungan ini, mari ketahuinya melalui penjelasan soal jawap ini.



Soalan:

Assalamualaikum ustaz,

Saya ada soalan yang hendak ditujukan kepada ustaz berkaitan pengabaian nafkah isteri. Saya bekerja sebagai seorang guru yang berpendapatan rm2900 selepas tolak komitmen bank dan insurans manakala isteri bekerja sebagai jurutera yang berpendapatan rm 2300 selepas ditolak komitmen kereta. Setiap bulan saya menghantar kepada ibu bapa saya rm300, rm700 untuk pembinaan rumah, rm650 untuk pembiayaan anak, dan sewa rumah rm 800, baki saya hanya rm450 setiap bulan. Dalam perbelanjaan saya sekarang, saya tidak memasukkan perbelanjaan saya untuk nafkah isteri. Kami sudah mempunyai seorang anak, kami juga merupakan pasangan yang tinggal berasingan disebabkan tuntan kerja.

Adakah saya antara individu yang mengabaikan nafkah kepada isteri saya?

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt,

Umumnya begitulah. Wajib bagi seorang suami untuk memberikan nafkah zahir dan nafkah batin kepada isterinya. Firman Allah Taala:

وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَا

Maksudnya: Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.
Surah al-Baqarah, 2:233



Aisyah R.anha meriwayatkan bahawa suatu hari Hindun pernah mengadu kepada Rasulullah SAW berkenaan suaminya, Abu Sufyan yang tidak memberikan nafkah yang cukup kepadanya dan anaknya. Melihat keadaan itu, maka Rasulullah SAW bersabda:

خُذِي مَا يَكْفِيكِ وَبَنِيكِ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya: Ambillah (daripada harta Abu Sufyan) apa yang mencukupkan kamu dan anak kamu secara baik.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Melihat kepada keadaan saudara, disyorkan agar saudara menyusun kembali prioriti peruntukan kewangan walau bermula dengan RM50 sebulan. Juga kami mencadangkan agar saudara mengambil khidmat Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) jika memerlukan bantuan.

Memang, jika si isteri reda dengan suami tidak memberi nafkah zahir, adalah dibenarkan. Tetapi apabila muncul masalah di kemudian hari, mungkin isteri akan mengungkit dan akan mendatangkan masalah yang lebih besar. Suami perlu bertekad untuk menguruskan nafkah keluarga dengan baik. Perlu sentiasa berunding dengan hikmah dan baik dengan isteri.
Dicadangkan juga suami dan isteri menyediakan plan tindakan bersama bagi bagi mengurus kewangan keluarga.

Wallahua`lam.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen