“Lelaki Kalau Dah Suka, Cepat Sahaja Bertindak”

Sebenarnya lelaki adalah individu yang senang dibaca gerak-geri dan langkahnya. Jika mereka senyap dan menjauhkan diri itu menandakan dirinya sedang dilanda masalah dan sedang berfikir. Jika mereka tidak mahu berkata apa-apa tanpa dipaksa, pasti ada sesuatu perkara yang membuatkan dirinya sedih.

Dan jika mereka mengatakan A, A lah tindakannya. Jika membuat keputusan B, pasti B lah pengakhirannya. Berbeza dengan wanita yang kadang-kala sukar untuk menetapkan pendirian kerana dipengaruhi oleh emosi. Lelaki sebenarnya bukanlah individu yang cerewet, kerana mereka tidak suka hidupnya menjadi terlalu rumit, bahkan mahukan kehidupan yang simple dan mudah diatur.

Namun, jika ia berkenaan dengan mencari pasangan untuk dijadikan bakal isteri, pasti sedikit dalam hatinya menjadi seorang yang cerewet dan memilih, kerana mereka mahukan isteri yang betul-betul dapat berdampingan dengan dirinya pada setiap masa. Ketika senang dan susah. Selain daripada itu, mereka juga mahukan wanita yang cantik bagi pandangannya sendiri.

Tetapi kebiasaannya lelaki apabila sudah mulai suka pada seorang wanita, pasti cepat tindakannya. Ia terpulang pada keberanian dalam dirinya untuk mengorat wanita tersebut. Tanpa keberanian mereka akan menjadi ragu-ragu dan tidak terus memulakan langkah untuk berkenalan. Ini menunjukkan lelaki tersebut tidak suka mempermainkan perasaan wanita. Dan juga mereka bukanlah digelar sebagai lelaki si hidung belang.

SEDAYA UPAYA MENDEKATI DAN MENGHUBUNGI ANDA.

Jika seorang lelaki sudah benar-benar suka pada seseorang wanita, secara terangan lelaki ini akan cuba mendekati wanita tersebut dan berusaha meminta nombor telefon supaya mudah dihubungi. Bukan begitu sahaja, jika boleh semua akaun sosial media anda lelaki ini mahu tahu. Termasuklah akaun untuk mencari jodoh, supaya dirinya tahu apakah yang anda sering buat pada kelapangan waktu.

Selain daripada itu, mereka berusaha untuk memunculkan dirinya di depan mata anda, supaya tiada lelaki lain yang anda boleh melihat selain dirinya. Dirinya juga kelihatan seperti stalker kerana anda dapat melihat dimana anda berada pasti ada dirinya.

SUDAH LUMRAH LELAKI INI ‘HUNTER’.

Bagaikan harimau menunggu mangsanya, begitulah perumpamaan tersebut berkenaan dengan lumrah lelaki. Seperti membela harimau daripada kecil, apabila harimau tersebut berganjak besar jati dirinya untuk memburu itu memang sudah lumrah yang Allah ciptakan. Memang tidak dapat disangkal lagi kejadian sebegini.

Jadi, jika terlihat-lihat atau anda sendiri tertanya-tanya, lelaki tersebut suka pada anda atau tidak? Jika lelaki ini bukan ‘hunter’ bagi pandangan anda, sudah tentu dirinya tidak tertarik dengan anda. Sama ada tidak tertarik dengan luaran atau dalaman, ia adalah sebab peribadi mereka. Tetapi kebiasannya lelaki akan cepat bertindak apabila dengan wanita yang sudah dapat menarik perhatiannya.

Walaupun lelaki itu pendiam, sudah tentu ada sedikit langkah kecil yang akan dilakukan terutamanya menerusi pihak ketiga. Bahkan, apabila lelaki ini sudah mulai suka pada seorang wanita, pasti mereka akan bertindak diluar kawalan seperti yang tidak dijangka-jangkakan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen