7 Langkah Untuk Memastikan Suami Anda Tidak Mencari Wanita Lain.

Dalam hubungan, curang adalah satu perkara yang paling ingin dijauhi oleh semua pasangan dan ia boleh dianggap sebagai taboo. Begitu juga dalam perkahwinan, perceraian adalah salah satu perkara yang pasangan mahu elakkan walaupun kadang kala sentiasa berbeza pendapat.

Jadi, jom ikuti 7 langkah ini untuk memastikan suami anda tidak mencari wanita lain dibelakang anda…

1. Pastikan anda tahu suami sibuk oleh disebabkan apa?

Meeting atau seumpama dengannya. Jangan biarkan dia lenyap dan anda tidakk tahu menahu apa aktivitinya. Jadi lebih peka memantau si dia.

2. Asah pancaindera anda dengan lebih baik.

Berlatih untuk mempertingkatkan kemahiran seperti detektif dengan lebih efisyen seperti mengetahui pakaiannya ketika pergi kerja dan pulang daripada kerja, bau haruman minyak wanginya dan sebagainya.

3. Tanamkan perasaan untuk sentiasa kelihatan lawa dirumah.

Penting untuk setiap wanita mempunyai keyakinan diri supaya sentiasa cantik didepan suami. Janganlah ketika anak dara begitu rupawan, tetapi setelah berkahwin macam ‘nenek kebayan’ pula.

4. Kata orang, cemburu buta itu racun perhubungan.

Tunjuk sayang anda dengan cemburu manja-manja, barulah suami tahu anda ini kisah tentang dirinya. Perasaan insecure itu perlu ada, dan anda perlu susuli dengan ‘mengikatnya’ sebijaknya. Barulah dia tidak dikebas orang sewenang-wenangnya.

5. Jika dia mula tunjukkan petanda kurang normal, segera bertindak.

Jika sebelum ini anda merasakan suami kurang bermain dengan telefon bimbit, tetapi kali ini setiap masa tidak boleh renggang dengan telefon. Di dapur, malah di kamar mandi, jadi jangan senyap sahaja.

6. Sentiasa waspada.

Apabila suami sudah pandai bermain aplikasi lain selain daripada whatsapp dan facebook, sebagai contoh semua aplikasi sosial media pasti suami ada. Instagram, wechat, twitter, malah secara tiba-tiba ada pula sms biasa. Segeralah siasat dan menjadi ‘polis’.

7. Sentiasa mengenali suami dan alert dengan perubahan dirinya.

Semakin lama berteman dengannya, semakin terserlah true colours kamu dan dia. Walau apa jua true colours kalian, hitam putih, kelabu atau belang-belang, berazamlah untuk tonjolkan peribadi terbaik dan paling mulia. Dia pasti malu dan tidak sampai hati mencurangi kamu kerana sedar betapa tingginya martabat yang kamu pertahankan sebagai pasangannya.

Semoga bermanfaat pada mereka yang telah berkahwin dan bakal berumah tangga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen