Mahu Kurangkan Berat Badan Sebelum Berkahwin? 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Elakkan Makanan Bergula.

Setiap pasangan yang ingin berkahwin, pasti inginkan berat badan yang ideal supaya dapat menyarung baju persalinan dengan mudah. Malah mahu melihat badan sendiri dapat memakai pakaian yang cantik dengan tubuh badan yang langsing. Jika dapat mengawal makan dan sentiasa bersenam, pasti akan memiliki tubuh badan yang ideal, bukan?

Tetapi tidak semua orang mahukan tubuh badan yang kurus semata-mata, ada juga sebahagian daripada mereka mahukan badan yang sihat atau ‘fit’ sahaja. Ini bertujuan untuk memiliki stamina supaya tidak cepat letih ketika di hari perkahwinan disamping kelihatan cantik di dalam gambar, yang akan diambil oleh jurugambar.

Jika mahu mengamalkan diet yang sihat dan betul supaya berat badan berkurangan dengan cepat....

ANDA PERLU ELAKKAN DAHULU MAKANAN DAN MINUMAN YANG BERGULA KERANA…

1. Menyebabkan berat badan naik dengan mudah.

Minuman dan makanan manis yang berlebihan akan menyebabkan anda mudah ketagih untuk ambil ia dengan lebih banyak lagi. Tidakkah anda sedar ketika anda minum minuman yang manis akan menjadi lebih cepat haus, termasuk juga dengan makanan yang banyak gula? Oleh sebab itu berat badan anda mudah naik mendadak, kerana selepas makan makanan manis, terasa haus pula, kemudian minum pula minuman manis. Mana tidak naiknya berat badan secara drastik.

Makanan bergula ini mampu menaikkan kalori di dalam badan, kerana ia disebabkan oleh pengeluaran insulin yang berlebihan daripada pengambilan gula yang berlebihan.

2. Menyebabkan anda menjadi ketagih pada manisan.

Apabila terlalu mendambakan makanan dan minuman yang bergula berserta tinggi karbohidrat, anda menjadi ketagih pada manisan tersebut. Jika ia tidak dapat dikawal, ini yang akan menyebabkan anda tiada mempunyai rasa untuk minum air kosong supaya toksid di dalam badan dapat keluar secara detoks. Lama-kelamaan anda hanya bergantung pada manisan sahaja, tidak pada makanan yang sihat.

3. Menyebabkan kekurangan tenaga dan mudah lesu.

Apabila anda ketagihan dengan makanan dan minuman yang bergula, ia akan menyebabkan anda berasa sentiasa sahaja letih. Jika anda rasa dapat tidur dengan secukupnya, tetapi masih lagi lesu, cuba lihat kembali pada malam tersebut, apa yang anda minum dan makan? Adakah makanan bergula semata-mata? Ini kerana gula dan karbohidrat mampu menghisap tenaga keluar dari badan.

Maka, muka akan menjadi sembab, mata juga memiliki dark circle. Elakkan gula sebelum tidur, terutamanya minuman berkafien tinggi.

4. Menyebabkan masalah kaki dan kulit.

Menurut kajian, pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan keradangan di dalam badan sebagai contoh ekzema, rosacea atau jerawat. Oleh itu, menurut beberapa pakar anda perlu cepat-cepat mengamalkan diet yang sihat supaya anda tidak mudah mendapat pelbagai penyakit seperti Plantar Fasciitis, iaitu penyakit tumit dan kaki.

Anda juga akan mula merasakan sakit-sakit pada bahagian tumit apabila berjalan terutamanya ketika tidak mengenakan stoking dan berjalan diatas lantai yang sejuk. Gula berlebihan yang menyebabkan berat badan naik pasti akan membuat tapak kaki tidak dapat menampung berat badan anda sendiri. Hati-hati ya!

5. Selesema.

Selain daripada itu, pengambilan gula yang berlebihan juga menyebabkan anda mudah dijangkiti penyakit selesema. Ini kerana badan anda menjadi kurang effektif untuk melawan selesama malah system imun juga menjadi semakin lemah.

Jom Amalkan Kehidupan Yang Sihat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen