“Mencintai Seseorang Bukan Bererti Perlu Whatsapp 24 Jam…” Jom Cuba 6 Kaedah Ini.

Setiap insan pasti memiliki sikap yang berlainan untuk menunjukkan perasaan cinta terhadap pasangan, terutamanya pada mereka yang sedang bercinta, bertunang atau telah berkahwin. Ada sebahagian daripada mereka perlu melakukan sesuatu untuk menunjukkan rasa cinta pada pasangan, ada juga yang memerlukan kata-kata cinta, supaya hadirnya perasaan kasih sayang tersebut.

Namun, pasti ada sahaja dari kalangan kita, memastikan pasangan perlu membalas mesej, atau whatsapp 24 jam 7 hari untuk menunjukkan rasa cinta. Jika tidak dibalas, dan dibiarkan tanpa balasan, pasti dirasakan dirinya tidak lagi disayangi dan dicintai. Malah merajuk semakin berpanjangan pula.

Anda perlu ketahui tidak semestinya hanya dengan whatsapp 24 jam sahaja untuk menyatakan perasaan cinta, cuba juga 6 kaedah yang lain ini, supaya pasangan tidak lagi berasa bosan dan tidak merasakan hubungan yang semakin hambar…

1. Menulis surat cinta.

Pasti anda sudah lama tidak menulis, kan? Mengikut peredaran masa dan teknologi, manusia zaman sekarang lebih mudah menekan keyboard dengan bertubi-tubi dan semakin laju. Jika mahu menulis pun, hanya perkara-perkara yang penting sahaja, bukannya dengan menulis kata-kata cinta. Tidak salah rasanya apabila sekali-skala anda menulis surat cinta pada pasangan.

Selitkan sahaja surat tersebut, dimana-mana yang pasangan senang lihat.

2. Memberi bunga.

Khusus bagi lelaki, jika anda sukar untuk meluahkan kata cinta, apatah lagi dengan melalui perbuatan, memberi kejutan seperti menghantar bunga pasti membuat teman wanita atau isteri anda berasa terharu. Malah menjadi bertambah sayang dengan kaedah ini. Jangan pernah lokek dengan pasangan anda, kerana dengan mereka jugalah anda akan meneruskan kehidupan bersama-sama sehingga ke penghujungnya. Jagalah jodoh anda.

3. Masak makanan kegemaran.

Mmeberi kejutan dengan masak makanan kegemaran pasangan pasti membuatkan mereka bertambah sayang. Aroma bau makanan yang menyebabkan pasangan semakin berselera, malah hatinya juga pasti akan terpaut selamanya.

4. Dapat meluangkan masa makan malam.

Makan malam adalah masa dan waktu yang sesuai dimana pasangan dapat meluangkan masa, tidak kira ketika bercinta atau telah berkahwin. Dan ketika ini jugalah hati dan perasaan pasangan pada fasa yang sangat bertenang kerana mahu menjamah rezeki. Pada waktu ini sesuai juga untuk menceritakan apa yang terjadi pada hari-hari anda tersebut.

5. Membuat panggilan atau video call.

Selain whatsapp dan mesej yang kadang-kala pasangan anda malas membaca, buat sahaja panggilan jika dalam hati kerinduan. Usahlah ego dengan pasangan, dan menunggu panggilan daripada mereka sahaja. Bersungguh-sungguhlah mencintai pasangan anda dengan memulakan langkah terlebih dahulu, supaya pasangan juga akan turut melakukan perkara tersebut dikemudian hari.

6. Menghantar gambar lucu.

Siapa kata menghantar gambar lucu tidak boleh mengeratkan hubungan pasangan? Menghantar gambar lucu, dapat membuatkan pasangan bergelak ketawa bersama, dan ini menandakan hubungan kalian pada fasa yang sihat.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen