“Wanita Yang Clumsy Tak Sesuai Bercinta?” 5 Sebab Wanita Clumsy Sering Gagal Dalam Bercinta.

Pernah atau tidak anda melihat seseorang yang sangat kelam kabut dengan hidupnya sendiri. Anda melihat dari jauh, kehidupan seperti ini seperti tidak teratur dan sukar untuk dijangkakan sikapnya. Sikap begini juga dipanggil clumsy, gelabah atau tidak tentu arah.

Seperti yang kita tahu, kaum lelaki rimas dengan sikap wanita sebegini, kerana tidak berpendirian tetap dan bermacam-macam alasan lagi sebagai contoh…

1. Mudah gelabah.

Wanita ini secara lumrahnya mudah gementar. Terlalu panik dengan sesuatu perkara sehinggakan tubuh badannya berpeluh dengan banyak. Jika bukan berpeluh pada tapak kakinya, tapak tangannya juga basah seperti direndam dengan air. Apabila menjadi gelabah, wanita ini tidak dapat berfikir dengan rasional dan menyebabkan suka bercakap perkara yang tidak masuk akal atau diluar jangkaannya.

Sebagai contoh, apabila bergaduh dengan pasangannya, perkara pertama yang sering difikir adalah hanya untuk berpisah sahaja. Sering menyebut perkataan “Putus…” menyebabkan dirinya sentiasa ditinggal oleh teman lelaki.

2. Tidak teratur.

Hidupnya juga kelihatan tidak teratur dan tidak terurus. Fikiran dan pendapatnya sentiasa berubah-ubah seperti tidak berpendirian tetap. Perancangannya juga sentiasa berubah-ubah hanya mengikut moodnya sendiri sahaja. Wanita ini terlalu mementingkan diri sendiri dengan moodnya sahaja, sedangkan ramai sahaja perasaan yang perlu dijaga terutamanya pasangannya sendiri.

Apabila hanya mementingkan moodnya sendiri, kebanyakan lelaki akan mengankat kaki kerana tidak tahan dengan sikap wanita sebegini.

3. Tidak peduli apa yang bakal berlaku.

Wanita yang kelam-kabut ini juga seperti tidak peduli dengan apa yang akan berlaku kelak. Mereka hanya spontan dan ikut moodnya sahaja seperti point nombor 2 diatas. Semua perkara yang mereka lakukan penting untuk jangka masa yang pendek, kerana mereka mudah kelam-kabut.

Tugas hari ini, buat hari ini, setelkan hari ini. Esok, fikir esok pula. Tugas pada hari lusa, tidak mungkin wanita akan fikirkan dengan awal. Begitu caranya yang membuatkan lelaki sentiasa ragu-ragu adakah hubungan tersebut kekal? Kerana wanita ini pasti dengan jawapannya “Kita tengok esok macam mana…”

4. Mudah tertekan.

Apabila diri mereka mudah kelam-kabut dan gelabah, dirinya juga mudah tertekan lalu menjadi murung jika tidak dapat dilakukan tugas yang diberi untuk hari ini. Kekasihnya juga sering gagal memberi sokongan dan dorongan, kerana dirinya sendiri terlalu mengikut moodnya sahaja. Wanita ini lebih suka bertenang secara bersendirian, jika tidak seluruh hidupnya bagaikan ‘berjangkit’ dengan dirinya yang clumsy itu.

5. Kurang bijak mengatur masa.

Dengan sikapnya sebegini dan mudah tertekan, kebiasaannya wanita ini kurang bijak mengatur masa dan waktu. Seperti point nombor 3, wanita ini hanya melakukan sesuatu perkara untuk jangka masa yang pendek sahaja. Jika dia membuat perancangan dan mengatur masa untuk jangka masa yang panjang, dia amat khuatir jika dirinya tidak dapat melakukan perkara tersebut.

Oleh kerana itu, wanita ini kadang-kala gagal untuk bercinta dan sukar bertemu dengan seseorang yang tepat untuk dirinya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen