5 Sebab Wanita Yang Memiliki IQ Tinggi Sukar Untuk Menemui Cinta.

Kini dengan peredaran masa, wanita kelihatan lebih berkaliber dan bijak berbanding dengan kaum lelaki. Dengan memiliki IQ (Intelligent Quotient) yang tinggi, wanita ini juga sering digelar berlagak pandai dan agak sombong kerana hanya memilih orang yang berpotensi sahaja yang dapat menjadi pasangannya.

Selain daripada itu, wanita ini juga sukar untuk menemui cinta malah orang yang tepat untuk dirinya kerana…

1. Wanita ini sukar berkelakuan seperti keanak-anakkan.

Seperti yang kita ketahui lelaki suka akan wanita yang bersikap manja dan berkelakuan seperti anak kecil kadang-kala. Tetapi wanita ini tidak pula berkelakuan sebegitu, kerana baginya setiap manusia perlu berkelakuan sejajar dengan umur juga. Mereka tidak suka berkelakuan seperti keanak-anakkan kerana ia umpama tergedik-gedik, dan kelihatan buruk jika melakukan sebegitu rupa.

Wanita ini mahu menjaga maruahnya sebagai wanita yang memiliki IQ yang tinggi.

2. Wanita ini terlalu matang membuat sesuatu perkara.

Jika lelaki mahu wanita yang matang, lelaki tersebut akan suka dengan wanita bersikap sebegini, tetapi….

Wanita ini pula terlalu matang dan serius apabila membuat keputusan.  Jika wanita ini ingin membuat seseorang lelaki cemburu dengannya, mereka akan membuat perkara yang mendatangkan faedah untuk dirinya. Dan mereka akan memastikan lelaki itu betul-betul cemburu, dan mengejar dirinya sehingga kepelusuk dunia. Serius betul?

3. Wanita ini tidak akan melakukan sesuatu perkara yang hanya sia-sia dan membuang masa sahaja.

“Tak chill laa…”

Itu lah ungkapan seorang lelaki apabila bertemu dengan wanita sebegini. Dalam percintaan lelaki gemarkan cabaran dan sanggup bersusah payah dalam melalui liku-liku cinta. Tetapi wanita ini mahukan “Straight to the point” sahaja.

“Kalau suka, cakap suka…”

“Kalau tak sayang, jangan buang masa…” kerana wanita ini mahu mencari lelaki yang lebih stabil dan tidak buang masa untuk ke jinjang pelamin.

4. Wanita ini kadang-kala terlalu berdikari pula.

Ada wanita yang terlalu clingy, ada juga wanita yang terlalu emosi, tetapi wanita ini terlalu berdikari pula. Si dia lebih suka meluangkan masa dengan mencari ilmu atau membaca buku sahaja keseorangan. Selain daripada itu, wanita ini mempunyai keyakinan yang sangat tinggi, jika mereka berdikari pasti lelaki akan mengejarnya, tetapi sangkaannya silap.

5. Wanita ini tidak menepati piawaian citarasa lelaki.

Lelaki mahukan wanita yang bijak, tetapi wanita ini terlalu bijak pula. Lelaki mahukan wanita yang berdikari, tetapi wanita ini seolah-olah tidak memerlukan perlindungan daripada seorang lelaki. Lelaki mahukan wanita yang tidak selalu merengek atau membuat hal, tetapi wanita ini terlalu serius dan berkelakuan sejajar dengan umurnya pula.

Oleh kerana itu, wanita sebegini perlu mencari lelaki yang sekufu atau sepadan dengan dirinya, agar hubungan kekal harmoni dan tiada masalah di dalam rumah tangga kelak. Carilah lelaki yang dapat melengkapi dan seimbangkan hidup anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen