“Seorang Isteri Tidak Pernah Mengecewakan” – Ikuti Perkongsian Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam perhubungan suami isteri ini sudah pasti banyak tindakan yang kadang kala kita sengaja abaikan tanpa tahu maksud tersirat disebalik perbuatan tersebut. Jika ia sudah menjadi kebiasaan pada awal perkahwinan, pasti ia akan berterusan hingga bertahun-tahun perkahwinan.

Dalam rumahtangga ini terdapat beberapa perkara penting yang perlu dilakukan untuk kekalkan keharmonian dan kebahagiaan di dalamnya. Mari ikuti sedikit perkongsian daripada saudara Mohd Fhais, mengenai perkara ini.



Isteri Kita Tak Pernah Mengecewakan…

Kadang-kadang isteri kita jarang melayan kita di rumah bukan kerana dia marah tapi kerana dia terlalu sibuk sehingga diri sendiri pun tak terlayan..

Kadang-kadang isteri kita rajin sangat kerja tak berhenti-henti bukan kerana nak tunjuk pandai tapi kerana dia ambil serius soal tanggungjawab..

Kadang-kadang isteri kita sengaja tak mahu mengadu dia penat bukan kerana dia merajuk atau dia kuat tapi kerana dia tak mahu menjadi beban pada suami..

Kadang-kadang isteri kita belanja barang dapur sendiri tanpa beritahu kita bukan kerana dia banyak duit tapi kerana dia meletakkan keluarga melebihi duit..

Kadang-kadang isteri kita tak pernah mengeluh menjaga anak-anak bukan kerana dia hebat mendidik tapi kerana dia menjaga amanah dengan serius..

Ada 3 perkara paling penting dalam rumahtangga. Jika sempurna 3 perkara ini keluarga pasti harmoni dan bahagia.

1. Tolenrasi.

Sentiasa amal sikap lebih kurang dan bertolenrasi dengan pasangan dalam apa perkara pun, jangan penting diri. Cari hingga ke hujung dunia pun kita tak akan jumpa manusia yang sempurna, tapi pasangan sempurna sentiasa ada di depan mata.

2. Menghargai.

Pandai menghargai pengorbanan pasangan walaupun sekecil zarah. Percayalah pengorbanan kecil yang kita hargai akan mendatangkan pengorbanan yang lebih besar dan bermakna.

3. Cinta.

Cinta yang sentiasa mekar boleh menjauhkan diri dari rasa curiga, dan saling mempercayai. Sentiasa mengajak pasangan untuk mencintai Allah dahulu sebelum cintai manusia. Kerana sesungguhnya Allah tidak pernah mengecewakan hambanya.



Cukup dengan 'Terima Kasih Sayang' boleh buat isteri yang kepenatan jadi segar semula. Kalau dapat bagi pelukan lagi baik, bertambah serotonin dalam badan dia. Kurang stress.
Kekadang bila dah masuk setahun dua kahwin, kita mudah lupa, maklumlah hidup kita dah jadi rutin. Hari hari ulang benda yang sama.

Ramai yang nakkan perkataan Terima Kasih dan I Love You ni nampak mahal jadi tak nak selalu cakap, takut bosan. Percayalah, satu hari nanti bila pasangan kita dah mula bosan, tak ada perkataan yang boleh buat diorang berpatah balik.

- Mohd Fhais -
I'm Proud Of My Wife

P/s : Jom ajak pasangan kita join telegram channel saya sebab banyak tips rumahtangga dan parenting saya share dalam tu. Telegram channel -> t.me/CoretanFhais
#CoretanFhais





Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen