“Lelaki Lebih Mementingkan Kecantikan Pada Wanita, Wanita Pula Lebih Mementingkan Personaliti..” Betul Ke?

Pasti kita sering terlihat dimana lelaki yang tidak kacak pasti dapat berdampingan dengan wanita yang cantik paras rupanya. Perbezaan pandangan bagi dua gender ini dapat dilihat dengan mata kasar apabila ramai sahaja dikalangan kita mempunyai citarasa yang berbeza.

Memang lumrah setiap manusia akan memandang pada luaran dahulu, tidak kira sama ada lelaki atau pun wanita. Namun apabila ingin mengenali dengan lebih dekat, atau dengan kata lebih mudah ingin dijadikan sebagai pasangan, lelaki akan cerewet berkenaan dengan paras rupa wanita, manakala wanita pula akan cerewet untuk memilih personaliti lelaki yang hebat.

Menurut kajian dan pandangan masyarakat, lelaki akan memandang paras rupa dan tubuh badan wanita terdahulu kemudian baru akan cuba mengenali wanita tersebut dengan lebih rapat. Ini kerana tarikan fizikal wanita amat penting bagi mereka atas sebab-sebab tertentu seperti daya seksual mereka.

Selain daripada itu, mereka juga mahukan wanita yang cantik paras rupanya kerana mahukan zuriat yang cantik-cantik. Namun, pandangan cantik bagi setiap lelaki itu berbeza. Tidak semua lelaki sukakan wanita yang comel dan genit, pasti ada sahaja mahukan wanita yang tinggi lampai. Dan tidak semua lelaki sukakan pada wanita yang putih gebu, ada sahaja yang sukakan pada wanita berkulit sawo matang.

Ada juga lelaki yang tidak berminat dengan wanita yang berwajah bujur sirih, tetapi berpetak sedikit.

Tetapi secara lumrahnya, memang lelaki akan memandang wanita yang putih gebu tersebut adalah wanita yang cantik pada luaran. Tetapi jika ingin dijadikan pasangan, mereka akan cuba mendekati wanita tersebut untuk mengenali dengan lebih rapat, jika tidak menepati citarasa, memang tidak kira masa kaki bakal diangkat untuk meninggalkan wanita tersebut. Dan mula ‘memburu’ wanita lain.

“Cantik rupa sahaja buat apa, kalau perangai pun tak cantik…”

Manakala pandangan wanita pula berbeza. Secara lumrahnya mereka akan melihat keseluruhan pada lelaki yang mereka baru kenali.

Sebagai contoh;

Penampilan okay tak? “Eiuuwww pakai selipar je…”

Kerja apa ya? “Kerja office okay la kot..”

Ada kereta? “Oooo..kereta secondhand..”

Duit? Harta? “Aku ke yang kena keluarkan semua belanja…”

Bertanggung jawab atau tidak? “Ada ke biarkan aku naik grab sorang-sorang…”

Ini kerana kaum wanita lebih peka terhadap semua perkara berbanding lelaki.

Wanita mahukan lelaki yang mempunyai personaliti hebat kerana kadang-kala mereka mahu show off pada sosial media atau berbual mengenai lelaki tersebut pada sahabat baik mereka. Memang tidak dapat disangkalkan sikap wanita sebegitu. Pasti terdetik dalam hatinya ingin memberitahu seluruh dunia tentang kekasih atau suaminya.

Selain daripada itu wanita juga mahukan seorang lelaki yang lebih bersifat pelindung atau Superhero yang baginya seolah-olah dapat membuat apa sahaja yang mereka mahu.

Oleh sebab itu lama-kelamaan, semakin meningkat umur wanita, paras rupa bukan lagi pada ranking pertama yang mereka mahu cari.

Tetapi personaliti.

Lelaki mahukan wanita sebagai kekasih dan teman sehidup semati mereka, tetapi bukan sebagai ibunya yang suka membebel dan berleter. Namun, wanita mahukan lelaki yang ada sifat seperti ayah, ibu atau sahabat baik mereka, kerana mereka telah biasa hidup dalam keadaan dan situasi sebegitu. Dan mereka khuatir jika lelaki tersebut tidak mempunyai ciri-ciri yang mereka ingini, dan tidak biasa mengambil risiko.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen