Tanda-Tanda Wanita Yang Ego. Adakah Anda Tergolong Dalam Golongan Ini? Jom Baca!

Kebiasaannya kita sering mendengar lelaki dengan egonya, tetapi wanita juga memiliki ego tersendiri, namun ia tidaklah setinggi ego lelaki. Wanita yang ego juga dikatakan lebih berdikari, tampak sombong dan boleh dikatakan agak jual mahal sekiranya ada mana-mana lelaki mahu berkenalan dengannya.

Jom ketahui sama ada wanita yang anda kenali tidak kira teman wanita atau isteri mempunyai tanda-tanda ego seperti di bawah…

1. Wanita yang ego nampak seperti jual mahal pada mula perkenalan.

Wanita ini sedaya upaya menjauhkan diri daripada mana-mana lelaki jika ada sahaja lelaki yang mahu berkenalan dengan dirinya. Jual mahal dan kelihatan tiada niat langsung untuk mendekati dengan lelaki tersebut. Namun, apabila selalu ditegur mereka akan mula menunjukkan dirinya begitu mengambil berat pada lelaki tersebut, tetapi tidak pernah pula meluahkan perasaannya itu.

Jadi lelaki yang cuba mendekatinya akan merasakan adakah wanita ini benar-benar suka padanya atau main-main sahaja. Seperti main tarik tali. Nak ke tak nak? Malu tapi mahu?

2. Wanita yang ego mempunyai pendapatnya sendiri pada setiap isu.

Bukan sahaja pada sesetengah isu, malah pada setiap isu yang dibicarakan ada sahaja pendapatnya sendiri. Mereka kelihatan bijak kerana begitu yakin memberi pendapat. Apa sahaja pendapatnya dikatakan betul supaya orang lain yang mendengar begitu yakin dengan pendapatnya. Malah mereka juga kelihatan ‘taknak kalah’ apabila memberi pendapat.

3. Wanita yang ego mempunyai personaliti tersendiri di sosial media.

Wanita ini hanya post status atau sesuatu perkara yang tidak sia-sia. Mereka akan membuatkan dirinya nampak begitu eksklusif kerana mereka mahu keihatan sebegitu. Tidak suka menjatuhkan maruahnya dengan memuatnaik sesuatu yang buruk, negatif atau pun yang mampu membuatkan mereka kelihatan kurang bijak.

4. Wanita yang ego ini kadang-kala hanya bercakap apa yang perlu sahaja.

Seperti point nombor 2, mereka seperti tidak mahu kalah jika memberi pendapatnya sendiri. Jadi, kadang-kala mereka hanya mahu membicarakan sesuatu yang penting sahaja dan tidak sia-sia. Situasi begini menunjukkan mereka mahu membicarakn sesuatu yang penting kerana tidak mahu memberi pendapat yang ‘taknak kalah’ kerana untuk mengekalkan personalitinya seperti orang bijak.

5. Wanita yang ego ini susah untuk dijaga.

Wanita ini kadang-kala kelihatan susah untuk dijaga, kerana pendiriannya yang tetap. Mereka mahu membuat haluan hidupnya sendiri dan tidak mahu bergantung pada orang lain dengan mudah. Mereka terlalu berdikari dan mahu semuanya mengikut apa sahaja yang dirancang, dan tidak mahu mencampur aduk dengan rancangan orang lain.

Namun, wanita yang ego ini hanya lelaki yang betuah sahaja dapat melenturkan egonya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen