“Dah Kahwin Tetapi Masih Lagi Nak Cari Lain…” Jom Ketahui Sebabnya.

Pasangan yang berjanji ingin kekal setia sehingga selamanya kadang-kadang terkubur begitu sahaja. Kerana janji tinggal janji. Menabur janji manis adalah lumrah setiap manusia. Setiap pasangan yang telah berkahwin pasti inginkan hubungan yang berkekalan, tetapi apa yang terjadi sehingga sanggup untuk mencari wanita atau lelaki simpanan?

Perkara sebegini sering sahaja terjadi pada kaum wanita, suami yang ditatang dengan minyak yang penuh, masih lagi mencari wanita lain. Seolah-olah tidak cukup kasih sayang yang diberi. Jadi, apakah sebabnya perkara sebegin berlaku, jom baca…

1. Tidak puas berseronok.

Sebagai muslim, apabila berkahwin dengan niat bukan kerana Allah pasti ada sebab-sebab tertentu untuk berkahwin seperti untuk mengelak maksiat semata-mata. Jadi, apabila nafsu menguasai diri dan gagal untuk dikawal, ia sering terjadi apabila isteri sendiri tidak lagi ‘menyeronokkan’. Isteri sudah tidak seronok seperti di awal perkenalan dan perkahwinan. Sudah lama melayari bahtera, semua salah dan bebanan diletakkan di atas bahu isteri keseorangan.

Sebenarnya Isteri menjadi tidak seronok kerana tertekan dengan sikap suami.

2. Ingin berasa muda kembali.

Majoriti lelaki merasakan dirinya ‘hidup’ setelah berkahwin. Tetapi seandainya lelaki ini sedar, mereka kelihatan segak dan muda kerana dengan jagaan para isteri. Jika kita lihat pasti ada sahaja isteri yang sanggup membuat facial untuk suami dan menjaga wajah suami seadanya, selain menjaga pakai minum dan makan.

Oleh itu, apabila sudah terasa diri muda, jadi mahu lakukan aktiviti seperti orang muda pula sebagai contoh melihat wanita cantik dan mengorat mereka. Padahal telah berkahwin.

3. Mahu lihat ‘saham’ mereka.

Lelaki sebegini juga mahu test market dirinya. Adakah dirinya masih laku walaupun sudah berkahwin lamanya? Seperti point nombor 2, mereka kelihatan sudah berubah setelah dijaga oleh isterinya sendiri, jadi oleh sebab itu apabila kelihatan segak bergaya sahaja, mahu melihat sejauh mana para wanta melihat diri mereka.

Kadang-kala mereka sendiri terkejut sekiranya ada wanita yang masih terpikat dengan dirinya. Dan kelakuan ini membuatkan mereka tidak sedar bahawa zaman sekarang, para wanita lebih suka lelaki yang sudah berkahwin. Jika tidak sedar diri dari awal, memang buruk akibatnya.

4. Mahu melihat pasangan cemburu.

Apabila sudah lama melayari bahtera perkahwinan, lelaki mahukan sesuatu yang mencabar dalam dirinya sepertimana ketika zaman bercinta. Zaman bercinta cabarannya ialah untuk mengejar wanita yang dicintai, tetapi setelah berkahwin lain pula aktivitinya. Mereka mahu lihat sejauh mana pasangannya berasa cemburu sekiranya ada wanita yang terpikat pada dirinya.

“Itu bukan untuk menguji cemburu cik abang oii, itu nak menempuh maut…”

5. Mahukan cabaran dalam hidup.

Fikiran lelaki adalah lebih abstrak dan praktikal, oleh sebab itu mereka mahukan sesuatu cabaran dalam hidup. Dan aktviti sebegini bagi mereka adalah untuk menyakat dan mengusik sahaja kerana ia tidak berbahaya sehingga melibatkan hubungan intim. Tetapi jika wanita tersebut sudah jatuh dalam perangkap, memang kedua-dua pihak itu bersalah.

Jadi, jangan mulakan dengan sikap ‘test market’, takut nanti merana seumur hidup.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen