“Dah Bosan Tak Tahu Nak Bagi Hadiah Apa?” Jom Bagi 5 Hadiah Bernilai Ini Untuk Pasangan Anda.

Selain dari meluahkan kata sayang dan cinta untuk mengeratkan hubungan, hadiah juga adalah salah satu cara untuk mengikat sesuatu hubungan. Jika yang belum berkahwin, si lelaki pasti memberi hadiah sama ada coklat atau teddy bear pada sahaja pada teman wanitanya. Jika yang sudah berkahwin pula pasti akan diberikan sesuatu barang yang boleh diguna seperti bag duit, tali pinggang dan seumpama dengannya.

Namun, pasti anda tidak pernah terfikir untuk memberi hadiah yang bernilai pada pasangan, bukan? Hadiah apa yang bernilai dan boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang? Jom kita lihat…

1. Belikan Pakej Takaful 1 Tahun.

Pakej takaful ini amat bernilai untuk pasangan anda untuk dijadikan sebagai pampasan. Jika anda berdua masih belum memiliki apa-apa pakej takaful, cepat-cepat ambil peluang ini untuk memilikinya. Bukan sahaja boleh dibuat berseorangan, boleh juga memohon untuk berpasangan. Terlalu banyak faedah yang anda akan dapat sekiranya memiliki mana-mana pakej takaful ini, dan pasti ia tidak merugikan.

 

Credit: Google

2. Belikan Pakej Fitness/Gym 1 Tahun.

Jika pasangan amat menitik beratkan kesihatan dan ingin memiliki tubuh badan yang ideal, apa salahnya memberikan mereka hadiah yang bernilai ini. Pasti mereka akan melonjak dengan gembira sekali. Malah jangan lupa berikan juga set makanan yang berkhasiat dan sihat.

 

Credit: Google


3. Belikan Sebuah Motor Skuter.

Selain daripada kereta compact kecil dan comel yang mudah dibawa kemana-mana serta jimat minyak, anda juga boleh hadiahkan motor skuter pada pasangan khususnya pada wanita. Pasti hadiah ini amat bernilai bagi pasangan!

4. Belikan Pakej Face SPA 1 Tahun.

Kaum wanita pasti teruja apabila si suami menghadiahkan pakej spa ini, selama setahun pula tu. Tetapi Spa bukan khusus pada wanita sahaja, malah untuk lelaki juga. Jika ingin si suami sentiasa kacak dan bergaya, atau memiliki wajah yang sukar dijaga, hadiahkan pada mereka pakej face spa ini. Pasti berbaloi.

5. Belikan Pakej Body SPA 1 Tahun.

Selain daripada facial, anda juga boleh berikan hadiah Body spa juga pada pasangan. Banyak faedah yang anda akan dapat setelah badan diurut. Peredaran darah dalam tubuh badan dapat mengalir dengan baik dan kurang berasa tertekan. Sekiranya si suami sentiasa melihat isteri penat dan tertekan, apa kata anda hadiahkan pakej ini. Pasti mereka akan gembira dan sentiasa sayang.

Selamat Mencuba Dan Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen