“Isteri Bukanlah Seorang Khadam..” Jom Hayati Kisah Lelaki Ini.

Bila isteri kau dah tidur tu, cuba kau tengok muka diorang. Apa kau rasa? Tak rasa kesian ke tengok isteri keletihan?

Macam mana kau tengok muka penat isteri tu, macam tu lah rupa letih mak kau nak besarkan anak-anak dia. Bukan senang.

Cuma sebagai suami, jangan main sedap order je apa kita nak. Tak payah cakap orang, aku pun sama. Dalam otak macam-macam nak fikir hal bisnes, hutang, kerja.

Tapi siapa fikir pasal kau dan sentiasa mendoakan kau bertahun-tahun lamanya selain orang tua kau?

Isteri kau bang, isteri yang kau dok pukul yang kau dok herdik tiap hari tu, bukan kawan-kawan.

Kau tak tau penat nak uruskan rumah tangga lebih-lebih lagi bila dah ada ramai anak. Ingat dulu zaman bercinta? Gatal nak pegang tangan sangat kan? Cuba pegang tangan dia sekarang, ada selembut dulu tak?

Kuku kilat dan rapi macam dulu tak? Kalau kau kata dia tak reti jaga diri sendiri, kau tengok balik baju kau yang dah tersusun cantik berlipat dan bergosok tu. Tengok balik rumah yang dah dikemas bersih.

Kita suami kena ingat, isteri kau yang dulu kau kenal, fizikalnya takkan sama lepas kahwin dan ada anak. Mungkin walaupun ada isteri maintain kurus tapi kau cuba tengok betul-betul, mata dia ada eyebag berbakul, kedut halus kat tepi.

Tengok pulak rambut dia sama tak macam dulu? Cuma yang yang sama atau lebih adalah cinta dia pada kau. Takkan berkurangan seinci pun. Tapi kau? Pantang silap sikit pantang terkurang sikit, kau terus marah terus maki, terus niat nak pasang lain, cari lain.

Bila jadi suami ni, jangan ego dan sombong. Tak kemana bang kalau ego tinggi tembok besar cina. Banyak dah aku tengok, kerana ego tu kau luka kan hati yang runsing fikir pasal kau siang malam, yang jaga pakai makan kau setiap hari.

Susah ke nak cakap I Love You atau sedikit terima kasih bila isteri bila makan masakan isteri? Bila tengok dia penat jaga anak-anak seharian? Kau kena tahu, setiap pujian kau pada isteri akan buat diorang rasa dihargai, dan kembang semangkuk. Cuba kau cakap slow masa duduk sebelah dia,

"You cantiklah hari ni, terima kasihlah sebab sudi jadi isteri dan mummy untuk anak-anak I".

Settle bro.

Lepas puji tu, kau tengok layanan diorang kat kau, First Class! Ini bukan soal romantik, cuma menghargai pasangan yang separuh mati lahirkan zuriat kau, yang memperjudikan hidup dia demi kau yang bukan siapa siapa. Ini tidak, kau layan isteri macam khadam.

Kau ingat kau siapa? Tuan?

Cuba jadi jantan yang berguna sikit, bukannya

jantan keberet. Tukar tugas suami dan isteri, baru kau belajar erti penyesalan dan tahu langit tinggi rendah.

Masa tu lah baru kau tau mana nak cari spender, cari stoking yang selama ni kau tak buat. Dah memang tugas isteri sediakan makan pakai suami ke? Memang tanggungjawab isteri jaga makan pakai anak?

Habis apa tugas dan tanggungjawab kau? Goyang telor order itu ini? Kau pahamkan betul-betul apa tugas suami apa tugas sebagai seorang bapa. Takkan tak tahu, dan jangan buat-buat tak tahu.

Jangan lepas tangan biar isteri yang buat semua, biarkan dia fikir semuanya sendiri terutama pasal anak-anak. Takat hulur duit kau dah rasa cukup? Sebelum kahwin pun isteri kau reti cari duit sendiri lah bang, kau bukannya hebat mana pun.

Tengah bulan kau sesak, isteri jugak yang kau cari kalau dia ada duit kan? Isteri dan anak adalah orang yang paling layak untuk kau bawak berjalan, manjakan dan mewahkan selain dari orang tua kau.

Bukannya kawan kau yang entah mana kejap timbul kejap tenggelam atau awek yang dahi licin kau baru kenal tu.

Senangkan anak isteri, in shaa Allah pasti Dia mudahkan urusan, luaskan rezeki dengan penuh keberkatan. Allah dah janji, rezeki orang tua, isteri dan anak anak sentiasa ada, pasti ada.

Tak semestinya dalam bentuk wang ringgit.

Ingat bro, isteri senyum pada kau pun dikira satu nikmat dan rezeki tau. Isteri kecik hati dengan tingkah laku suami, mulut suami adalah salah satu punca rezeki sempit. Kalau suami kecik hati dengan isteri lagilah.

Nauzubillah.

Balik ni cuba duduk sebelah isteri, tanya dia apa impian dia sebelum kahwin dengan kau? Apa impian dia lepas jadi isteri kau? Apa yang dia nak dalam perkahwinan yang korang bina?

Jangan malu jangan segan.

Bila suami dan isteri bersatu hati, Allah, hebatnya pelbagai rezeki yang akan dinikmati. Isteri ni mulut diorang memang bising, memang pedas. Tapi apa lagi yang akan menceriakan rumahtangga kau? Handphone? TV? Internet?

Nak sunyi, tak nak dengar pasangan membebel, kau pergi hidup dengan geng kunyit pintu belakang tu.

Cukup dengan “Terima Kasih Sayang”, confirm setiap hari senyum sampai ke sideburn. Tapi bila dah masuk setahun dua kahwin ni, kita jadi terlupa sebab hidup kita dah jadi rutin.

Hari-hari ulang benda yang sama. Ramai yang nakkan perkataan Terima Kasih dan I Love You ni nampak mahal so tak nak selalu cakap, takut bosan.

Percayalah, satu hari nanti bila pasangan kau dah mula bosan, tak ada perkataan yang boleh buat diorang berpatah balik.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen