Bahaya Penyakit Endometriosis Mampu Rosakkan Peranakan, Kenali Tanda-Tandanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah kesihatan rahim atau peranakkan ini sememangnya membimbangkan bagi kaum hawa. Hal ini kerana, ia seperti sebuah harta yang sangat ternilai buat seorang wanita. Penyakit seperti ini bukanlah satu perkara yang baru lagi, namun kaum hawa kebanyakkannya kurang pengetahuan mengenai penyakit seperti ini.

Bahayanya penyakit ini, ia mampu membuat seorang wanita kehilangan rahimnya. Menurut perkongsian oleh doktor berpengalaman, pakar sakit puan Dr Hamid Arshat penyakit endometriosis semakin meningkat dan teruk merosakkan peranakkan wanita, menimbulkan masalah kesuburan dan kemandulan, keguguran dan akhirnya bedah buang rahim.

Penyakit endometriosis disebabkan tisyu-tisyu darah haid, iaitu endometrium tumbuh diluar rahim.



Darah haid tumpah kebelakang rahim, sering berlaku jika rahim retroverted atau pintu rahim sangat sempit.

Sebab mengapa tisyu-tisyu endometrium tumbuh diluar rahim tidak diketahui, mungkin ada kaitan ketahanan atau immunity yang lemah.

Awas jika ada tanda-tanda berikut:

1. Senggugut yang semakin teruk, bermula sejak umur remaja dan tidak hilang lepas kahwin.

2. Senggugut dan tidak hamil selepas lebih setahun kahwin.

3. Senggugut dan hamil tetapi sering gugur diawal kehamilan.

4. Mengalami sakit atau tidak selesa waktu persetubuhan dengan suami.

5. Sakit pinggang khususnya waktu haid.

6. Perdarahan tidak tentu masa disertai sakit dibawah perut.

7. Senggugut atau perdarahan setelah lama tidak melahirkan anak dan umor dalam lengkongan 40an tahun.

8. Jika didapati rahim retroverted (kebelakang) bila discan olih doktor pakar gyne , berserta tanda-tanda senggugut dan sukar hamil atau sering gugur.



Jika ada tanda-tanda atau gejala-gejala tersebut ambil langkah-langkah berikut:

1. Jumpa pakar buat scan vaginal atau TVS dimana akan dapat dikesan rahim retroverted, cyst dalam ovay dan dinding otot rahim menebal dibahagian dinding belakang .

2. Buat bedah laparoscopy dan minilap untuk laser endometriisis, buang cyst, repair saluran fallopian jika sumbat, betulkan rahim yang retroverted kepada anteverted.

Ada kala saya lakukan pembedahan ini pada gadis yang mengalami senggugut teruk. Bertujuan mengawal kerosakkan peranakkan. Endometriosis adalah penyakit yang berterusan dan merosak peranakkan.

3. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunty untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis dan meningkatkan pekuang hamil.

Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, ambil langkah untuk kurangkan stress dan mengurangkan pendedahan kepada toksin.

4. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll.

Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung - donut, kuih-kuih, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

5. Makan 70% bahan-bahan mentah dan segar , iaitu buah-buahan dan sayur-sayur. Makan lebih buah-buahan tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll.

Saya galakkan makan ulam-ulam , sayur-sayur bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

Diet pemakanan yang disarankan:

Makan pagi:

Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.

Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.

Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih.

Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah-buahan atau segenggan campuran kacang-kacang almond, gajus dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.



Makan tengah hari:

Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis carbohydrate.

Makan malam:

Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.

Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .

Gantikan nasi putih kepada brown rice.

6. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU,

Makan juga goji beri, spirulina, rumpai laut.

Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada wanita lain, secara tidak langsung membantu mencegah penyakit tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen