“Jika Ada Niat Untuk Berkahwin, Allah SWT Pasti Membantu, Tetapi….” Jom Baca.

Setiap insan yang berpasangan pasti ingin ke jinjang pelamin. Tiada siapa yang mahu mencari jodoh, semata-mata untuk mencari keseronokan, melainkan niat di hati masih belum bersedia untuk berkahwin. Malah jodoh yang dicari secara terpaksa, atau hanya untuk hiburan sahaja.

Seperti yang Allah SWT akan berjanji pada mereka yang mahu berkahwin melalui surah An-Nur ayat 32;

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”

Melalui surah diatas Allah SWT mahu menolong bagi mereka yang mahu bernikah. Apabila bertambahnya tanggung jawab seorang lelaki dengan kewajipan dirinya dalam memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak, dengan izin Allah akan dilimpahi rezeki.

Akan tetapi….

Pastikah niat hendak berkahwin adalah disebabkan Allah SWT? Kadang-kala ada juga sebahagian daripada kita terlalu taksub

“Dah kahwin, tapi rezeki tak sangkut-sangkut..”

“Terlalu banyak dugaan…”

“Ada je masalah lepas kahwin dengan dia ni…”

Kenapa ya ini terjadi? Kenapa kadang-kala terdetik dihati dengan perasaan yang sebegini? Ragu-ragu dengan pasangan. Tiba-tiba termakan pula dengan kata-kata dari ahli keluarga. “Kahwin dengan dia ni mesti bawa malang…” Allah…

Ketahuilah kita, niat untuk berkahwin kerana Allah, kerana mahu dilimpahi rezeki setelah berkahwin, pasti kita akan merasai situasi sebegini…

1. Tenang melihat wajah pasangan apabila berada dirumah bersama.

2. Hati yang sempit berasa lapang, dan walau dihimpit dengan pelbagai masalah hati masih berasa lapang.

3. Bersungguh-sungguh untuk balik ke rumah usai sahaja kerja, kerana mahu berdampingan dengan pasangan.

4. Rumah yang kecil dan sempit, dirasakan besar dan nyaman pula.

5. Sentiasa berasa cukup walaupun berpendapatan kecil. Apabila dapat sahaja duit gaji, pasti banyak hutang mahu dilangsaikan tetapi semuanya cukup sahaja.

Itu yang dinamakan keberkatan di dalam perkahwinan. Cuba check balik hubungan antara suami isteri, adakah terdapat keberkatan sebegini? Jika hanya di awal perkahwinan sahaja indah, tetapi setelah beberapa bulan, terasa dada dihimpit, tidak tenang  dan sukar bernafas. Jika dengan kepercayaan karut, mulalah berfikiran, “Pasti ada saka yang menganggu keluarga aku..”

TIDAK PERNAH BERNIAT UNTUK BERKAHWIN DENGAN UNTUK MENGELAKKAN SEPERTI BERIKUT

  • Terhindar dari segala godaan syaitan.
  • Terhindar dari malapetaka yang akan menimpa.
  • Terhindar dari perkara yang diharamkan oleh Allah SWT dan gangguan yang was-was.
  • Terhindar dari perbuatan yang keji seperti curang yang akan menjurus ke arah zina.
  • Dan juga terhindar dari segala keinginan dan hawa nafsu yang sangat kuat.

Jadi, niat berkahwin kerana apa?

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen