Jadikan Rumah Tangga Sarat Dengan Perasaan Kasih Sayang.

Oleh: Rafi

Rumah tangga yang baik dan bahagia adalah rumah tangga yang sarat dengan perasaan kasih sayang. Muhibah merupakan perkataan Arab. Dalam sebuah rumah tangga yang dibina itu, perasaan muhibah perlu di lahir dan dizahirkan dengan sebanyak mungkin. Kasih sayang yang terjalin di antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak, adik dan kakak dan sepertinya. Kasih sayang yang tiada batasan, yang suci kerana Allah. Kasih sayang yang sering disebut ini juga dikenali sebagai Muhibah. Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk melahirkan muhibah dalam sebuah keluarga seperti komunikasi yang baik dan berkesan, meluangkan masa yang berkualiti dan berkuantiti bersama ahli keluarga, memperbanyakkan ucapan lafaz sayang, bercuti bersama dan banyak lagi.



Ia terpulang pada individu, mengikut keselesaan dan kemampuan masing-masing. Barangkali ada keluarga yang mampu untuk pergi bercuti setiap hujung tahun, ada keluarga yang sentiasa punya masa untuk diluangkan bersama, dan mungkin ada keluarga yang punya komunikasi yang baik kerana dilatih oleh ibu bapa di peringkat awal. Namun, antara cara mudah bagi menjalinkan serta mengekalkan muhibah dalam sebuah keluarga adalah dengan memberi hadiah pada pasangan atau ahli keluarga. Contohnya si suami boleh belikan hadiah dan berikan pada isteri apabila pulang ke rumah dari tempat kerja seperti bunga, kek, kain dan apa sahaja yang sesuai. Manakala si isteri boleh hadiahkan buat suami seperti beg kerja, tali leher, makanan kegemaran dan lain-lain lagi. Membeli hadiah itu biarlah ikut kemampuan. Dan pilihlah barangan dengan harga yang berpatutan. Tidak perlu jenama yang besar dan mahal sekiranya tidak mampu, cukup sekadar hadiah itu memang sesuatu yang disukai ataupun sering diguna oleh si penerima.



Dan sering masyarakat kita salah anggap pada pemberian hadiah. Kita menyangka hadiah itu berbentuk fizikal semata. Jika tidak mampu memberi hadiah berbentuk fizikal, banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan seperti meluangkan masa bersama, makan bersama, suami memuji masakan isteri, isteri memuji usaha keras suami bekerja, ibu bapa memuji akhlak dan kerajinan anak-anak, anak-anak membantu meringankan bebanan dan kerja rumah ibu bapa dan banyak lagi. Ini juga merupakan hadiah yang tidak berbentuk fizikal, namun ia amat berharga dan ada kalanya nilainya jauh lebih tinggi daripada hadiah yang berbentuk fizikal. Maka saling memberi hadiahlah agar ia menjadi penguat muhibah dalam membentuk sebuah keluarga sakinah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen