Halalkan Atau Tinggalkan? Wanita Perlukan Satu Kepastian.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bercinta sudah. Berkenalan dengan ibu bapa sudah. Bergaduh besar sudah. Berpisah beratus batu juga sudah. Cuma satu sahaja yang belum, iaitu halalkan dirinya. Hubungan telah lama terbina dan terjalin itu, tidak sama dengan hubungan halal yang lebih diberkati Allah.

Seorang wanita ini sentiasa menunggu hari-hari anda mengajak dirinya berkahwin tanpa perlu lamaran yang indah, serta tidak perlu kejutan yang mewah. Cukup sekadar anda mengajaknya kahwin dengan tidak tidak diduga. Satu penantian yang penuh kesabaran untuk mendengar ayat ini.



“Awak jom kita kahwin.”

Jika anda benar mencintainya, jangan membiarkan hubungan tersebut terus menerus sebagai hubungan cinta tetapi jadikan ia sebagai hubungan perkahwinan yang akan membahagiakan kalian. Untuk apa menjalinkan hubungan percintaan terlalu lama, ia hanya mendekatkan diri anda ke lembah kemaksiatan.

"Dan janganlah menghampiri zina, sesungguhnya zina adalah perbuatan kejam. Dan cara yang buruk.” (Surah Al-Isra ayat 32)



Jika benar anda mencintainya, bimbing dirinya ke arah kebaikan bukannya membiarkan dirinya sebegitu. Jangan berjanji akan sesuatu yang tidak pasti, bahkan jangan meletakkan janji jika anda tidak mampu menunaikannya. Jangan hanya sekadar menyatakan bahawa kalau ada jodoh kita pasti bersama.

Jodoh itu sememangnya telah diaturkan oleh Allah, tetapi dengan ayat sebegitu anda tidak boleh bermain tarik tali dengannya. Halalkan dirinya atau tinggalkan dirinya untuk orang yang benar-benar mahukannya. Jangan buat dia tertunggu akan satu perkara yang tidak pasti.

Jika anda tidak bersedia, mengapa anda ikat dirinya dengan kata cinta anda? Jika anda tidak mampu, tahukah anda bahawa Allah menjanjikan rezeki setiap mereka yang bernikah ini. Jadi apa alasan anda membiarkan dirinya menanti yang tidak pasti?

Pilihlah wahai lelaki, sama ada halalkan dirinya atau tinggalkan dia. Wanita mahukan kepastian bukannya satu ungkapan atas angin sahaja.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen