“Anak Lelaki Sepatutnya Dididik Sejak Dari Kecil Untuk Membantu Isteri Menguruskan Rumah Tangga Kelak…” Jom Ikuti Perkongsian Dari Lelaki Ini.

Kini, terdapat banyak sangat kisah terutamanya tentang lelaki yang tidak tahu menguruskan rumah tangga, seperti mengemas rumah, memasak, membasuh baju, melipat baju, menggosok baju malah mahu menukar pampers anak pun mahu isteri yang buat. Sekiranya semua perkara ini hanya dilakukan oleh isteri sahaja, apakah peranan lelaki sebagai suami, kan?

Ada sahaja perkara pada zaman dahulu yang tidak lagi relevan untuk zaman sekarang, dimana si isteri perlu melakukan urusan rumah tangga keseorangan. Ini kerana si isteri juga mahu membantu si suami untuk mencari rezeki atas sebab kos sara hidup semakin meningkat.

Si isteri kesian pada si suami untuk mencari rezeki, tetapi si suami tidak pula kesian pada si isteri yang melakukan semua perkara ibarat Superhero. Oleh kerana itu, mulai sekarang, pada sesiapa sahaja yang memiliki anak lelaki, didiklah anak lelaki dari kecil untuk mengetahui tugas-tugas yang mereka perlu lakukan.

Jom ikuti perkongsian dari saudara Najmi Nawawi ini…

********

Kita pastinya mahu anak lelaki kita membesar dalam didikan yang baik. Kerana kita tahu, satu hari nanti dia akan berkahwin dan berkeluarga, mempunyai isteri dan anak-anak mereka sendiri.

Zaman sekarang dah tak sama dengan zaman dulu. Dulu orang lelaki hanya pergi kerja, selebihnya orang perempuan uruskan segalanya di rumah. Sekarang zaman berbeza, kebanyakan pasangan suami isteri, dua-dua kena bekerja atau mahu bekerja.

Kalau kita masih nak ikut cara dulu, pengurusan rumah tangga memang tak akan baik. Masa yang suntuk di rumah ditambah lagi dengan kepenatan yang amat sangat kedua-dua pasangan.

Jika masih dengan norma lama, kesian kepada isteri yang pastinya sangat kepenatan untuk uruskan segalanya. Emosi yang tak baik akan cenderung kepada pergaduhan yang kemudiannya menyumbang kepada asbab keruntuhan rumah tangga.

Jika anak-anak lelaki kita tidak diajar dan dibiasakan dari kecil dengan kerja-kerja rumah. Bagaimana mungkin kita nak harapkan keajaiban berlaku. Kerana dalam kepalanya sudah tertanam bahawa ini kerja perempuan.

Silapnya kita, jika kita lebih suka untuk minta anak perempuan kita bantu buat kerja rumah.

Sikit-sikit panggil kakak atau adik perempuan untuk uruskan dapur, tolong basuh baju dan sebagainya. Kerana kita masih berpendapat ini semua kerja perempuan. Sementara anak lelaki tidak dipanggil untuk membantu.

  • Minta anak lelaki cuci pinggan.
  • Suruh anak lelaki buang sampah.
  • Ajar anak lelaki sidai kain.
  • Tegas dan pastikan mereka mengemas.
  • Biasakan anak lelaki memasak.

Beritahu dan ajar anak lelaki kita yang kerja rumah bukannya kerja orang perempuan, tapi ia sebenarnya tanggungjawab bersama.

******** Semoga Bermanfaat ********

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen