Menurut Kajian, Lelaki Lebih Hidup Bahagia Disamping Isteri Yang Memiliki Paras Rupa Yang Cantik.

“Isteri yang gembira akan melahirkan hubungan rumah tangga yang bahagia…”

Sejauh manakah kebenaran dengan kenyataan diatas?

Dalam perhubungan rumah tangga, walaubagaimanapun kegembiraan seseorang isteri bukanlah yang menentukan kebahagiaan seorang suami. Ia bukan diukur dengan sebegitu rupa, kerana sangkaan ini meleset semata-mata.

Menurut kajian oleh Journal of Personality and Social Psychology, ia bukanlah tentang kegembiraan semata-mata, tetapi lelaki akan berpuas hati dalam rumah tangga sekiranya memiliki isteri yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Daya tarikan yang dimaksudkan adalah dari segi fizikal iaitu paras rupa yang cantik dan tubuh badan yang menawan.

Menurut pakar psikologi, Andrea Meltzer, yang telah membuat banyak kajian berkenaan dengan isu ini, beliau telah bertanya satu soalan pada pasangan yang baru sahaja berkahwin;

“Adakah pasangan yang memiliki rupa paras yang cantik akan membuatkan diri anda berpuas hati dalam rumah tangga?”

Jawapan yang mereka terima adalah;

“Daya tarikan daripada seorang wanita itu memainkan peranan yang besar untuk menentukan kepuasan hati seorang suami”

Dengan kajian tersebut, sudah ternyata jelas bahawa lelaki memang amat menitik beratkan paras rupa bakal isterinya berbanding dengan wanita, yang tidak melihat paras rupa lelaki semata-mata.

Menurut Trine iaitu penulis pada artikel berkenaan;

“Daya tarikan dari seorang isteri untuk memuaskan hati seorang suami itu lebih penting dan berkesan daripada daya tarikan seorang suami pada isterinya, dalam rumah tangga. Ini kerana seorang suami amat mementingkan daya tarikan fizikal seorang isteri. Malah, kepuasan seorang suami itu amat penting berbanding dengan kepuasan seorang isteri”

Dan menurut kajian ini juga, isteri yang cantik dan menarik dari segi luaran ini amat mementingkan kecantikan pada dirinya supaya suaminya berpuas hati dan gembira memilikinya, jadi ia akan membuatkan mereka untuk berasa bahagia juga.

*****

Menurut penulis baituljannah pula, kajian ini seolah-olah menunjukkan wanita amat mementingkan kebahagiaan seorang lelaki dengan menjaga kecantikkannya sendiri. Jika mereka tidak cantik, si suami pasti tidak merasa bahagia pula. Jika suami tidak bahagia, wanita juga akan turut tidak berpuas hati dan tidak bahagia. Lalu rumah tangga yang dibina juga akan berantakan.

Kepuasan suami itu penting untuk menjaga rumah tangga, dimana ia adalah bagus kerana si isteri betul-betul mahu menjaga suaminya dari segi apa jua aspek.

Akan tetapi, sebagai muslim jika seorang lelaki berkahwin semata-mata dengan kecantikan pada seorang wanita khuatir akan tidak berpuas hati kerana kecantikan itu hanya bersifat sementara sahaja. Jadi, betulkan niat untuk berkahwin, supaya dapat barakah dalam perkahwinan dan kekal hingga Jannah.

Tetapi kalau dalam masyarakat melayu, isteri yang cantik ditinggalkan pula?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen