“Kenapa Ada Suami Isteri Memiliki Wajah Yang Seiras? ” Jom Ikuti Perkongsian Ini.

Pasti kita sering mendengar asal muka sama sahaja, pasti berjodoh. Pasti memiliki jodoh yang kuat.

“Patutlah korang kuat berjodoh, wajah seiras…”

Kadang-kala ada benar juga dengan pandangan sebegini. Jom ikuti perkongsian dari saudara Najmi Nawawi berkenaan suami isteri yang memiliki wajah yang seiras…

********

Sepertimana dari kahwin sampai hari ini, orang cakap muka aku sama dengan pasangan. Aku pun hari ini, setiap kali kawan-kawan aku pula kahwin, aku lihat mereka pun sangat-sangat iras dengan pasangan mereka.

Apa yang membuatkan muka pasangan suami isteri kelihatan sama sebenarnya?

1. Mudah tertarik kepada yang sama.

Sebelum kahwin lagi sebenarnya memang dah menjadi norma untuk kita mudah tertarik kepada mereka yang sedikit sebanyak memiliki kesamaan dengan kita.

Contoh, study jurusan yang sama, minat yang sama, hobi dan lain-lain. Kadang-kadang tu tinggal pun dekat kawasan yang sama. Sudah tentu persamaan akan menjadi semakin jelas selepas berkahwin.

2. Tiru kesukaan pasangan.

Contoh sebelum kahwin kita tak minum kopi. Tapi lepas kahwin kita jadi suka minum kopi kerana pasangan kita suka kopi. Begitu juga dengan makanan.

Bayangkan setelah berkahwin 10 tahun, makan pun benda yang sama hari-hari. Pastinya wajah pun nak tak nak, akan turut ikut sama. Gigi pun dah ikut sama.

3. Emosi yang dikongsi bersama.

Aku rasa ini ialah faktor yang paling kuat. Masa aku masih dalam sekolah perubatan dulu, aku kena hafal nama-nama otot dekat muka. Setiap luahan emosi itu pastinya akan menggunakan otot-otot tertentu dengan kekuatan tertentu.

Lagi lama berkahwin, lagi akan nampak sama wajah kita dan pasangan. Mana tidaknya. Emosi sedih, marah, dan sebagainya kita kongsi bersama. Pergerakan otot yang digunakan pun sama banyak kekerapannya.

4. Cara hidup (lifestyle).

Rutin harian dan sebagainya pastinya akan memain peranan penting. Cara berpakaian, pilihan warna, makanan dan sebagainya akan menjadi peranan penting yang akan membentuk kesamaan antara pasangan.

Tanpa disedari, pengalaman-pengalaman inilah yang mampu mengubah diri pasangan sedikit demi sedikit. Kalau rupa tak sama, aura pastinya akan tetap sama.

5. Memang dicari kesamaan.

Otak kita dah biasa untuk mencari kesamaan. Bila ada orang berkahwin, dengan pantas kita menilai dan mula mencari kesamaan terutama dari wajah kedua-dua pasangan.

Kesamaan itu akan menjadi suatu keterujaan dan diceritakan kepada ramai. Sesuatu yang tak sama sekalipun, tapi kalau diulang-ulang kali cakap sama. Memang akan jadi sama (illusory truth effect).

Macam adik beradik!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen