Apabila Pasangan Anda Lakukan 5 Perkara Ini Tanpa Rasa Terbeban, Itu Tandanya Dia Serius Dengan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mencari seseorang yang betul-betul mahukan diri kita ini sudah pastilah agak membinggungkan. Serius dan bersungguh mahukan kita kerana dirinya telah jatuh hati kepada kita bukan mahu mengambil kesempatan juga sukar untuk dilihat dan dibaca.

Dalam setiap katanya hanya ada samar-samar tanpa anda perbuatan yang jelas untuk menunjukkan bahawa dirinya itu benar-benar serius dalam hubungan yang ada. Namun begitu, terdapat beberapa perbuatan yang anda perlu lihat dengan teliti dalam diri anda serta dirinya selepas menjalinkan hubungan bersama.



1. Luahkan perasaan cemburu.

Apabila seseorang berasa cemburu itu bermakna dirinya telah jatuh sayang terhadap anda. Mana tidaknya, seseorang itu tidak akan begitu mudah untuk rasa cemburu tanpa mempunyai apa-apa perasaan terhadap anda. Jadi, apabila ia mula menyatakan cemburu tentang keakraban anda dengan orang lain, pasti lah ia sebagai hint untuk menyatakan perasaannya.

2. Memujuk tanpa lelah.

Dirinya mungkin tidak pandai memujuk, namun apabila anda merajuk dirinya akan berusaha untuk memujuk anda. Tidak semua orang akan berusaha untuk memujuk dengan bersungguh-sungguh jika ia bukanlah seorang yang penting didalam hatinya. Jadi jika dia memujuk anda dengan baik, itu lah menjadi salah satu tanda dirinya serius dengan anda.

3. Membantu membentuk peribadi yang baik.

Semakin lama kalian berkenalan, bagaimana perubahan diri anda? Adakah anda semakin berubah ke arah kebaikan? Jika ya, itu menunjukkan usahanya untuk berubah bersama-sama anda. Jadi, sudah pasti lah dirinya serius dengan anda. Seseorang yang menyayangi diri anda pasti akan mengajak anda melakukan kebaikan bukannya melakukan kejahatan.



4. Sentiasa ada dalam doa.

Perkara ini mungkin anda tidak akan tahu, namun jika dia benar-benar serius dengan anda, dirinya akan sentiasa meletakkan nama anda di dalam doanya. Mana tidaknya, dirinya mahu Allah memegang hati anda untuknya.

5. Tunjukkan sayang melalui perbuatan.

Sayang itu bukanlah satu perkara yang perlu diungkap setiap hari agar anda tahu bahawa dirinya menyayangi anda, tetapi sayang itu boleh ditunjukkan melalui perbuatan. Maka dengan itu, seseorang yang serius dengan anda sudah pastilah menunjukkan rasa sayangnya kepada anda melalui tindakannya bukan sekadar kata-kata sahaja.

Sukar bukan mencari seorang yang benar-benar mahukan kita, tapi jangan terlalu tergesa-gesa dalam membuat pilihan. Cuba untuk lihat kelakuan dan perubahan diri anda serta dirinya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen