Mencipta Syurga Dalam Rumah Tangga.

Oleh: Rafi

Apabila sudah berkahwin, melayari bahtera perkahwinan bukan sesuatu yang mudah. Di bahu pasangan yang baru diijab kabul terlalu banyak tanggungjawab yang bakal digalas. Jika di awal perkahwinan sudah tersilap langkah, perkahwinan mungkin tidak dapat bertahan lama. Malah jika masih hidup sebumbung, pelbagai masalah akan terus melanda perkahwinan berkenaan dan menyebabkan huru-hara dalam keluarga yang dibina. Berikut adalah tip mencipta syurga dalam rumah tangga:



1. Berpegang pada agama dan sentiasa hidup berdasarkan syariat.

Pegangan agama yang kukuh dalam perkahwinan adalah tonggak kebahagiaan dalam rumah tangga. Dengan mengamalkan solat berjemaah, suami dan isteri dapat mengeratkan hubungan dengan restu Allah. Suami perlu membimbing isteri ke jalan yang benar. Sekiranya isteri lebih bijak, tidak salah berkongsi sesuatu yang baik dengan suami supaya rumah tangga sentiasa mendapat keberkatan.

2. Sentiasa bekerjasama dan ringankan tangan dengan bantu pasangan.

Apabila sudah berkahwin, perlu berkongsi banyak perkara dalam hidup. Suami perlu membantu isteri di dapur dan ringankan tangan dengan membantu pasangan dalam apa juga yang dilakukan. Semua pekerjaan yang dilakukan bersama akan dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri yang baru berkahwin, selain mengenali pasangan dengan lebih rapat.



3. Mengamalkan komunikasi berhemah pada pasangan dan bukan bahasa yang kasar serta kesat.

Apabila berinteraksi dan berkomunikasi dengan pasangan, biarlah lembut dan berhemah. Jangan menggunakan perkataan yang kurang manis didengar atau cacian dan makian yang boleh menyebabkan pasangan rasa tidak termotivasi untuk meneruskan alam perkahwinan. Bergurau juga mestilah bijak menggunakan bahasa dan cara yang lembut serta tidak keterlaluan.

4. Jangan suka mencari kesilapan pasangan, cepat prasangka.

Kata orang kalau baru berkahwin, manisnya sentiasa terasa. Namun anda tidak harus rasa cemburu atau menaruh syak wasangka pada pasangan. Jangan sengaja mencari kesilapan pasangan untuk menimbulkan konflik. Usik-mengusik tidak mengapa tetapi apabila sudah cuba mencari kesilapan dan berprasangka, keharmonian rumah tangga boleh tergugat.

5. Jangan kedekut dengan pasangan serta sentiasa hidup berkongsi dan saling melengkapi.

Apabila sudah berkahwin, anda mesti menjadi orang yang tidak bersifat individualistik. Banyak perkara dan benda yang harus dikongsi bersama. Sesuai dengan ayat perkahwinan adalah satu perkongsian, pasangan baru berkahwin perlu belajar berkongsi dan tidak kedekut dengan pasangan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen