8 Harapan Wanita Pada Bakal Suami, Tetapi Sukar Dilakukan Oleh Kaum Lelaki.

Apakah yang kaum wanita sentiasa mengharapkan dari seorang lelaki yang bakal menjadi suami kelak? Jom kita lihat..

1. Mampu menjadi seorang kekasih yang sentiasa romantis.

Semua kaum wanita memang mengharapkan seorang lelaki yang tidak berhenti bersikap romantis dari sejak awal perkenalan sehinggalah selamanya. Malah tidak malu mempamerkan sikap romantis tersebut pada umum jika kena pada gayanya.

2. Mampu menjadi seorang stylist.

Kaum wanita juga suka membuatkan kaum lelaki menjadi blur untuk memberi pendapat seperti pakaian yang dipakai hari ini cantik atau tidak? Warna baju bersesuaian dengan kasut atau tidak? Penampilannya kena dengan majlis atau tidak.

Jika seorang lelaki menjawab “Suka hati awak…” atau “Tidak tahu…” Merajuk berpanjanganlah wanita tersebut.

3. Mampu menjadi pendengar yang baik, malah dapat meluahkan perasaan seperti seorang wanita.

Wanita mahukan pasangannya dapat menjadi pendengar yang setia, malah boleh meluahkan perasaan yang terpendam di dalam hati dimana lelaki sukar untuk melakukan perkara ini. Memang tidak dapat disangkal lagi kenyataan sebegini, namun jika hubungan mengamalkan Give & Take, pasti tiada masalah yang timbul.

4. Mampu menjadi seorang yang pembersih.

Kebiasaannya kita dapat melihat seorang lelaki lebih pengotor dari seorang wanita, namun pada zaman sekarang ada sahaja lelaki yang mengutamakan kebersihan. Tetapi, sekiranya lelaki itu adalah seorang yang pengotor dan suka melemparkan baju kotor sesuka hati, pasti wanita itu akan mengeluh sepanjang hari.

5. Mampu memberi perhatian yang secukupnya.

Wanita sememangnya makhluk Allah yang mahukan perhatian yang secukupnya. Malah mahukan perhatian yang selebihnya dari pasanganya sendiri, kerana ingin rasa dimanja dan dibelai.  Jika tanyakan pada mana-mana wanita, pasti mereka sendiri tiada jawapan perhatian yang bagaimana mereka mahukan. Kerana ia seolah-olah mahukan perhatian 200% dimana lelaki sukar untuk melakukan sebegitu rupa.

6. Mampu menjadi superman untuk mereka.

Ada sahaja wanita yang mahukan pasangannya menjadi seperti Superman dimana boleh melakukan apa sahaja perkara. Kudrat lelaki kan lebih kuat dari wanita, oleh sebab itu wanita mahukan seorang lelaki yang boleh menjadi gagah kuat perkasa supaya mereka boleh berasa selamat dan tenteram. Namun, kadang-kala lelaki pun ada hari-hari tertentu merasakan dirinya seperti tidak berguna pula.

7. Mampu menjadi seorang yang bijak.

Bijak disini adalah berfikir dahulu sebelum bertindak. Duduk bertenang sebelum menjadi kaki pukul. Senyap jika mahu melempiaskan amarah seperti mengeluarkan kata-kata yang kesat dan seumpama dengannya.

Seorang suami yang baik adalah menjadi pemimpin yang dihormati bukan ditakuti oleh isteri.

8. Mampu ingat tarikh penting.

Perkara yang paling sukar untuk lelaki lakukan adalah dengan mengingati segala tarikh-tarikh yang penting bagi wanita seperti tarikh hari jadi, tarikh ulang tahun perkahwinan, tarikh pada awal pertemuan, malah jika lelaki dapat mengingati baju apa yang dipakainya ketika mula bertemu ia adalah satu BONUS!

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen