Apabila sedang dilamun cinta, sudah pastilah banyak perkara yang dilakukan mengikut kemahuan yang terdekat tanpa memikirkan akibat dari perbuatan tersebut. Banyak perkara yang tidak seharusnya anda lakukan apabila sedang hangat bercinta. Namun, sering kali anda terlupa batas-batasnya hanya kerana terlalu gairah akan cinta yang baru berputik dalam hati anda.
Pada ketika ini, pelbagai sikap secara tidak sengaja akan anda keluarkan secara spontan, namun jika anda menyedarinya anda masih mampu untuk mengawalnya. Perkara-perkara yang bagaimana tidak seharusnya anda lakukan adalah seperti berikut:
1. Terlalu mengejar dirinya.
Ketika masih diperingkat awal ini, jangan terlalu menunjuk bahawa anda sememangnya menginginkan dirinya. Jika anda tidak mengawal diri anda dari perasaan sebegitu, anda akan kelihatan terlalu mengejarnya. Mungkin pada awalnya dirinya merasakan selesa akan perkara tersebut. Tapi lama kelamaan, dirinya akan cuba mengambil kesempatan keatas diri anda. Sebagai contoh, mula mempergunakan wang anda demi kepentingan dirinya sendiri.
2. Terlalu mesra.
Tidak salah untuk anda beramah mesra dengan pasangan anda, itu adalah perkara yang mengalakkan untuk mengeratkan hubungan. Tapi pada masa yang sama anda perlu menjaga batas-batas pergaulan anda. Sebagai contoh, jaga kata-kata anda bahkan jangan bersentuh antara satu sama lain. Jika anda keluarkan segala sikap mesra anda yang berlebihan, pasangan anda pasti memandang rendah terhadap anda.
3. Sangat terbuka akan hal peribadi.
Walaupun dia telah menjadi kekasih hati malah menjadi diantara orang yang terpenting dalam hidup anda, itu tidak bermakna anda boleh meluahkan segala hal kepada dirinya. Jangan membincangkan hal-hal peribadi anda seperti kewangan, perkerjaan ataupun mengenai keluarga anda. Mana tidaknya, jika dirinya tahu perkara yang tidak sepatutnya, kemungkinan dirinya bertahan dengan anda kerana sesuatu perkara, ataupun dirinya akan pergi kerana keburukan anda.
4. Berkorban berlebihan.
Siapa yang tidak sayang akan pasangannya bukan, tapi itu tidak bermakna anda boleh melakukan apa sahaja untuknya. Sebagai contoh, anda sanggup berkorban minat, wang dan masa anda deminya. Anda lakukan itu semua kerana takut akan kehilangan dirinya. Anda tidak seharusnya lakukan seperti itu. Anda hanya kekasihnya bukan suami atau isterinya.
5. Perasaan tidak selesa dengan pasangan.
Mungkin pada awalnya anda akan berasa agak kekok dengan pasangan anda, tetapi cuba untuk berani tampil lebih tenang dan selesa apabila berhadapan dengannya. Janganlah hanya di telefon bimbit sahaja anda berasa selesa, tetapi secara berdepan anda terasa janggal dan malu terhadap dirinya.
Ketika bercinta ini terdapat kelakuan yang perlu anda jaga. Hal ini kerana, perkara tersebut akan memberikan kesan kepada anda dalam jangka masa yang singkat dalam perhubungan yang baru dibina itu.
Tinggalkan Komen