Wahai Wanita, Jauhi Lelaki Yang Mempunyai Ciri Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang wanita seharusnya sentiasa berhati-hati dalam membuat pilihan pasangannya. Mana tidaknya, jika tersilap memilih pasangan ataupun terburu-buru dalam mencari pasangan, seorang wanita akan menanggung akibatnya dikemudian hari. Sebab itu lah apabila ingin mencari suami, perlu lah dilakukan denagn terliti dan berhati-hati.

Berikut adalah antara lelaki yang tidak sepatutnya anda dekati.



1. Lelaki yang mudah hilang.

Lelaki yang mudah hilang ini adalah lelaki yang sekejap ada dan sekejap tiada. Mereka ini biasanya suka melarikan diri daripada masalah. Hal ini kerana, mereka ini biasanya tidak bersedia untuk berdepan dengan sesuatu yang tidak dijangka. Mereka mahu berseronok sahaja.

2. Lelaki yang memilih rupa paras.

Banyak lelaki suka melihat wanita cantik, tetapi itu bukan bermakna mereka ini memilih dari segi rupa. Tetapi jika dirinya menyatakan bahawa anda tidak cantik dimatanya, itu menandakan dirinya memilih rupa. Jika anda bersamanya, tidak mustahil anda akan ditinggalkan apabila sudah tidak cantik.

3. Lelaki yang mulut terlalu ringan keluarkan kata kesat.

Untuk melihat adakah dirinya itu seorang lelaki yang baik ataupun tidak, lihatlah perkara yang keluar dari mulutnya. Jika mulutnya terlalu ringan mengeluarkan kata-kata kesat. Dirinya bukan lah calon suami atau ayah yang baik.



4. Lelaki yang suka sebarkan keburukan anda.

Jika anda lihat dirinya suka mengumpat serta menjaga hal orang lain, dia bukanlah seorang lelaki yang sesuai untuk membimbing anda. Mana tidaknya, pasangan anda seharusnya mengelakkan diri untuk bercakap mengenai orang lain, tapi ini dia juga join sekaki.

5. Lelaki yang suka mengarah.

Seorang calon suami yang baik adalah orang yang mudahmenghulurkan bantuan, malah kurang mengarah. Namun jika dirinya suka mengarah anda untuk melakukan sesuatu dia bukan lah calon peneman hidup yang baik. Mana tidaknya, nanti apabila kahwin hubungan anda tiada tolak ansur dan tolong menolong.

6. Lelaki yang cuba mengambil kesempatan kepada anda.

Lelaki seperti ini adalah yang paling anda perlu elakkan. Mana tidaknya mereka yang suka mengambil kesempatan ini biasanya mendekati anda kerana mempunyai niat yang tidak baik. Jadi jangan dekati mereka.

Apabila mencari calon suami ini, berhati-hati dengan enam lelaki yang perlu anda jauhi. Jangan sesekali terjerat didalam perangkapnya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen