Buat Yang Sedang Mencari Jodoh, Ini Kata Semangat Buat Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat anda yang masih belum menjumpai pasangan hidup, semoga hati anda diberikan kesabaran yang banyak serta jauhkan segala rasa iri hati anda terhadap hubungan orang lain. Untuk anda yang sedang mencari serta menunggu pasangan hidup yang masih tidak mucul-mucul lagi, perbanyakkan berdoa agar dipermudahkan segalanya.

Tetaplah teruskan berusaha, pada masa yang sama bersangka baik dalam perancangan yang telah diaturkan untuk anda. Setiap perkara yang berlaku ini, pasti ada hikmah disebaliknya.

Buat anda yang telah berputus asa menunggu pasangan hidup, meh baca beberapa kata semangat untuk anda terus berusaha mencari seseorang yang tepat buat anda. Jangan risau dan malu, anda tidak bersendirian memegang status ini.



1. “Kebaikan tidak akan selalu bersama dengan keindahan.”

Berkahwin itu sememangnya indah, tapi pasti rasanya tidak sama dengan anda yang sedang menikmati hidup anda yang bebas ini. Anda lihat rakan anda begitu bahagia bersama pasangannya namun anda tidak tahu adakah hubungan mereka seindah yang anda sangkakan. Jadi untuk apa merungut jika anda masih belum mempunyai pasangan, nikmat sahaja hidup anda terlebih dahulu kerana anda tidak akan pernah jangka apa yang akan terjadi jika anda berada dalam satu perhubungan ketika ini.

2. “Persiapkan diri bukan untuk menunggu jodoh sahaja malah dengan kematian.”

Kita sering kali terlalu sibuk menunggu jodoh datang menyambut kita, malah perbagai persiapan diri yang dilakukan untuk menunggu kedatangan jodoh ini. Dalam tidak sedar, kita lupa bahawa kematian mungkin sedang melihat kita dari jauh. Jadi persiapkan diri anda untuk kedua-duanya. Hal ini kerana, kita tidak tahu sama ada jodoh atau kematian yang menemui kita terlebih dahulu.



3. "Cinta itu memberi, memberi keikhlasan maupun memberi kebahagiaan."

Ada kalanya kita harus berhenti memanggilnya dalam doa, ada kalanya kita mesti sedar bahawa kebahagiaan itu tidak ada bersama kita dan ada kalanya kita harus membina kasih dengan dia yang benar-benar mengasihi kita. Itu adalah cinta yang ditemani kerana Allah SWT. Cinta yang datang dariNya tidak akan terluka. Untuk apa kita sibuk mengejar cinta dari manusia sedangkan cinta dariNya itu lebih membahagiakan.

4. “Bina hubungan kerana Allah bukan kerana nafsu semata-mata.”

Anda cemburu melihat mereka bahagia mempunyai kekasih hati? Bukankah bersendirian itu lebih baik berbanding mendekatkan diri daripada dosa. Jangan menangis jika anda kehilangan kekasih hati pada waktu ini, sekirannya kehadirannya itu hanya mendekatkan diri anda ke lembah zina. Anda seharusnya menjalinkan satu perhubungan itu kerana Allah bukan kerana ingin memuaskan nafsu anda.

Buat anda yang sedang mencari, jangan terlalu melihat yang indah-indah sahaja dalam perhubungan ini. Hal ini kerana anda tidak pernah tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Oleh itu, dekatkan diri dengan Allah, malah jauhkan diri dengan perkara yang mendatangkan dosa kepada anda. Pasangan yang mencintai anda dengan ikhlas itu akan hadir apabila tiba waktu yang tepat.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen