“Jangan Berkahwin Hanya Ikut Trend…” Nasihat Lelaki Ini.

Kisah Satu:

"Ada seorang lelaki mula berkenalan dengan seorang perempuan. Lelaki tu cakap isteri dia telah meninggal dunia. Lelaki tu selalu telefon perempuan ni siang malam. Dia tunjuk gambar anak dia kat perempuan tu. Dia kata kesian anak dia takde orang nak jaga. Pastu perempuan tersebut tergerak hati nak siasat. Rupa-rupanya isteri dia ada lagi. Terus perempuan ni tak layan lelaki ni."

Kisah Dua:

"Ada seorang lelaki. Dia kata dia bujang. Mula berkenalan dengan seorang perempuan. Siap bercuti di Pulau Tioman sekali. Bercinta sakan lah diorang ni. Rupa-rupanya lelaki ni dah kahwin. Isteri masih dalam pantang lahirkan anak sulung lelaki ni. Hancur barailah hati seorang isteri bila dapat tahu perkara yang sebenarnya."

***

Daripada dua kisah ni, apa yang dapat kau katakan? Kenapa sudah berumah tangga tetapi masih mengaku bujang dan lebih teruk lagi kata isteri dah meninggal? Setan betul perangai macam ni.

Janji nak sehidup semati dulu hilang entah ke mana. Telah berlalu pergi ditiup sang angin mungkin. Janji dikhianati. Kau nak apa sebenarnya? Kenapa perkara macam ni boleh berlaku? Kalau kau tak suka isteri kau dulu, kenapa kau kahwin dengan dia? Cuba renung balik apa tujuan kau kahwin sebenarnya.

***

Adakah kau kahwin kerana :

  • Sekadar nak ikut trend. Kawan-kawan dah kahwin. Jadi, kau pun kena kahwin juga. Tak fikir dah komitmen dan tanggungjawab dalam perkahwinan.
  • Nak halalkan hubungan dengan orang yang kau cintai masa tu. Nak seronok-seronok je. Tapi takde tanggungjawab. Habis madu sepah dibuang.
  • Kahwin kerana Allah. Untuk menambahkan umat Nabi Muhammad. Dalam perkahwinan ada banyak keberkatan. Ada banyak cara untuk meraih pahala.

***

Kalau tujuan kau berkahwin sebab point 1 dan 2, memang macam situasi di atas la jadinya. Kau fikir nak seronok kau je. Tak fikir hati dan perasaan orang lain. Kau ingat tak berdosa ke buat orang macamtu? Terutamanya buat isteri kau sendiri.

Kalau kau kahwin sebab point yang ke 3 baguslah. Itu yang sepatutnya. Jagalah perkahwinan yang dibina sebaik-baiknya. Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa bahagia dan dirahmati Allah.

Jangan anggap perkahwinan itu satu komitmen. Anggaplah ia sebagai satu tanggungjawab. Ini tidak, jaga anak lebih sikit mengungkit. Isteri lambat masak bising. Suami suruh masak masakan kegemaran dia terus rasa terbeban dan menyusahkan. Isteri minta tolong sidaikan kain sebab dia tak sempat kau nak marah-marah.

Lepastu kau lepaskan marah kepada anak yang tak tahu apa-apa. Rasa terbeban. Tak sempat nak enjoy dulu. Kau cuba tampar pipi sendiri. Tanya diri. Kau kahwin untuk apa? Untuk enjoy je ke?

Tepuk dada tanya iman. Kau je yang tahu tujuan kau berkahwin. Orang lain tak tahu. Kalau kau kahwin sekadar nak sakitkan hati anak orang, baik tak payah. Betulkan niat dulu. Barulah Tuhan permudahkan urusan jodoh kau.

******** Semoga Bermanfaat dan Diambil Iktibar ********

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen