Buat Yang Ingin Berkahwin Itu, Mari Pelajari 3 Rahsia Rumahtangga Kekal Bahagia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasti ramai yang mengidamkan rumahtangga bahagia bukan? Tidak kira lah baru mempunyai niat untuk berkahwin atau sudah berkahwin, anda perlu tahu rahsia ini. Mana tahu ia akan berguna di kemudian hari, tidak salah untuk ketahui lebih awal. Mari kita baca sedikit perkongsian ini.

RAHSIA RUMAHTANGGA YANG KEKAL SEHINGGA ANAK CUCU !!!



Dari semua guru rumahtangga yang saya telah pelajari, ada yang ajar saya suami harus romantik, harus prihatin, sentiasa menghargai isteri, ringan tulang dalam buat kerja2 rumah, gentleman, berlemah lembut dengan isteri, selalu bergurau senda dengan isteri, sekali sekala beri hadiah buat isteri, bawa isteri keluar bercuti untuk raikan jasanya, sentiasa cuba memahami isteri, selalu beri perhatian pada isteri, ikhlas dalam memuji isteri, berkorban demi isteri, dan banyak lagi..

Buat isteri pula, isteri harus menghormati suami, memahami masalah suami, ikhlas membantu suami, mendengar nasihat suami, melayan kesukaan suami, memasak untuk suami, sentiasa mengiktiraf kehebatan suami, selalu membelai suami, sentiasa kelihatan cantik untuk suami, menghadiahkan suami dengan penampilan berbeza sekali sekala, pandai goda suami, sentiasa bersedia untuk suami, dan pelbagai lagi..

Setiap guru saya ni kebanyakannya berkongsi ilmu yang berbeza..

Dan semua yang tertulis di atas, hanyalah pelengkap kepada kebahagiaan rumahtangga.

TETAPI,

ADA 3 PERKARA YANG SAMA YANG DIAJAR OLEH SEMUA GURU2 SAYA,

DAN INILAH NENEK SEGALA RAHSIA PERKAHWINAN YANG KEKAL KE ANAK CUCU.



1. BERSYUKUR.

Bersyukurlah dengan kebaikan pasangan kita walaupun di mata kita hanya sedikit sahaja kebaikan yang ada pada dia. (Sebenarnya mungkin banyak tapi kita yang gagal untuk melihat kerana kurang rasa bersyukur). Melihat kebaikan yang ada pada suami/isteri org lain lalu dibandingkan pula dengan pasangan kita sebab dia tiada kebaikan itu adalah mukaddimah kepada semua kes perpisahan. Sedarlah bahawa apa yang baik pada suami/isteri org lain itu, mereka juga ada kelemahan yang kita tak nampak.

2. SENTIASA MENCERMIN DIRI BILA BERLAKU KONFLIK BERSAMA PASANGAN.

Sedarlah bahawa, kelemahan atau keburukan pasangan kita itu adalah berpunca dari kesalahan/kegagalan kita sendiri. Cerminlah diri, muhasabahlah diri, perbaiki diri sendiri SEIKHLASNYA TANPA MENGHARAP BALASAN, kerana disebabkan kelemahan kita sendirilah yang menjadikan pasangan kita sedemikian. Isteri yang sering membebel walau perkara kecil adalah kerana si isteri penat dalam mengurus rumahtangga, dan suami pula langsung tiada usaha untuk membantu meringankan penat isteri. Dan si suami yang dah malas nak melayan kerenah isteri dan lebih suka keluar rumah adalah kerana si suami tidak lagi rasa dihargai oleh isteri dengan layanan isteri yang acuh tak acuh. Percayalah bahawa jika kita benar2 ikhlas memperbaiki diri untuk pasangan, pasangan kita akan merasa 'getarannya' dalam hati mereka.



3. SOLAT, SOLAT, SOLAT, DAN TERUS PERBAIKI SOLAT!!!

Inilah rahsia teragung dalam rumahtangga yang kekal abadi.. Statistik dari jabatan agama sudahpun membuktikan yang 89% dari pasangan bercerai adalah disebabkan selalu meninggalkan solat. Ada yang jumpa saya dan mengatakan rumahtangganya masih banyak dugaan walaupun dia dan pasangannya tak tinggal solat, sedangkan dia tak perasan, disebabkan solat yang istiqamah itulah yang menanam KESABARAN DEMI KESABARAN dalam hati suami/isteri agar terus bertahan dalam rumahtangga. Ketahuilah bahawasanya, TIADA RUMAHTANGGA YANG TIDAK DILANDA OMBAK. Yang berjaya selamat sampai ke akhir, adalah yang dapat bertahan dengan DINDING SOLAT.

Maka kesimpulannya, suami yang romantik, isteri yang cantik menggoda dan penyayang, hanya menambah dimensi kepada kebahagiaan rumahtangga. Tanpa 3 perkara di atas, tiada pasangan yang akan mampu bertahan untuk terus berlayar bersama pasangan ke pulau impian.

*mana saya tau kebenaran 3 perkara di atas? Saya telah melaluinya dari pengalaman saya sendiri. Rumahtangga kali pertama yang musnah, dan perkahwinan kali kedua, yang juga hampir retak menanti belah, yang akhirnya berjaya diselamatkan dengan 3 rahsia ini..

Ingin saya kongsikan 1 nasihat dari guru2 saya, jangan tunggu masalah rumahtangga dah parah baru kita nak minta pertolongan, mula je nampak bibit2 masalah dengan pasangan, terus cari kaunselor untuk bantu. Sebab bila hubungan dah parah, memang susah untuk diubati lagi.. Dan berdoalah banyak2 kepada Allah yang maha penyayang, sandarkan harapan padaNYA, kerana bahagia yang nak kita kecapi, semuanya milikNYA.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen