Antara Pujian Yang Akan Membuat Teman Lelaki Anda Tersenyum Hingga Ke Telinga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita biasanya sukakan pujian. Tidak kiralah pujian itu dari orang lain ataupun orang yang dikasihinya. Tapi bukan hanya wanita sahaja yang sukakan pujian, orang lelaki juga dahagakan pujian. Mana tidaknya, pujian ini kadang kala membantu seseorang itu tampil lebih yakin. Jadi tidak salahkan kalau kita puji pasangan kita agar dirinya lebih yakin.

Biasanya wanita ini mahukan pujian daripada paras rupa, gaya berpakaian, perbuatan dan pelbagai lagi. Lelaki juga lebih kurang sama juga ya. Jadi mari lihat pujian yang macam mana anda boleh berikan kepadanya.



1. “Saya bersyukur mempunyai anda sebagai pasangan saya.”

Perkara paling mudah untuk anda membuat pasangan anda tersenyum adalah dengan cara menghargainya. Tidak payah lakukan kejutan atau apa sahaja tetapi cukup katakan ayat ini. Sambil anda menghargai, anda juga memujinya juga. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa dirinya itu adalah pasangan yang baik.

2. “Saya suka penampilan awak hari ini.”

Orang lelaki ini kadang kala akan cuba berpenampilan lain daripada yang lain adalah untuk menarik perhatian pasangannya. Jadinya, jika anda melihat pasangan anda itu kelihatan berlainan sedikit dan tidak seperti selalu, mulalah memuji dirinya. Katakan sesuatu yang kelihatan lain ataupun puji sahaja penampilan dirinya.

3. “Saya rasa selamat dengan anda.”

Ayat ini menunjukkan dua maksud, yang pertama anda percayakan dirinya dan yang kedua dirinya adalah pasangan terbaik untuk anda. Jika anda berikan ayat seperti ini, pastilah dirinya akan tersenyum sepanjang hari. Mana tidaknya pasangan yang dikasihinya mempercayainya malah merasakan bahawa dia sedang melindungi anda.



4. “Awak lakukan kerja yang baik hari ini.”

Sedikit pujian terhadap tugasnya bagi meringankan rasa penatnya. Mana tidaknya, kadang kala dirinya mungkin tidak begitu dihargai di tempat kerjanya. Jadi apabila anda katakan perkara ini, sekurang-kurangnya dia merasakan anda seseorang yang akan menghargai penat lelahnya. Pasti dia akan berusaha lebih lagi dalam tugasnya nanti.

5. “Kenapa awak manis sangat ini.”

Kata seperti ini adalah menunjukkan bahawa dirinya berjaya mendapat tempat dihati anda. Dia telah melakukan sesuatu yang berjaya menyentuh hati anda. Tidak kisahlah sama ada dari kata-kata atau perbuatannya, cubalah untuk memuji dirinya.

Itu adalah beberapa contoh ayat yang anda boleh katakan pada pasangan anda, tapi pastikan keadaan yang anda ingin katakan itu bersesuaian. Jangan pula anda katakan perkara ini pada masa yang tidak sesuai.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen