“Jangan Mencarut Dan Memaki Pasangan..” Jom Ikuti 10 Tips Ini Jika Ingin Menemui Kebahagiaan Dalam Hubungan.

Mencari kebahagiaan dalam hubungan kadang-kala sukar untuk dilakukan oleh pasangan. Jika kedua-dua pihak tahu untuk menyeimbangkan hubungan, pasti ia tiada masalah. Dan jika pasangan berfikiran matang dan terbuka, pasti setiap konflik dapat diselesaikan dan temui kebahagiaan.

Namun, ada sahaja yang tidak temui kebahagiaan tersebut sehinggakan hubungan berantakan, dan membiarkan hubungan tersebut menjadi toksik. Hanya membiarkan terkontang-kanting tanpa kata putus, akan membuatkan seorang insan menjadi pendendam.

Jadi, jom ikuti 10 tips ini supaya dan dan pasangan temui kesimbangan di dalam hubungan, dan dapat mengecapi kebahagiaan…

1. Jangan terlalu berfantasi.

Khusus pada wanita, jangan terlalu mengharapkan hubungan anda dengan teman lelaki atau suami seperti fantasi. Sebagai contoh dalam drama melayu cinta paksa rela yang tiada berkesudahan, malah seperti kartun-kartun terdahulu yang sentiasa ‘Happy Ending’ disamping jejaka yang menunggang kuda putih. Hentikan fantasi anda, dan hiduplah di alam realiti!

2. Jangan memaafkan, tetapi tidak melupakan.

“You forgive, but not forget…”

Jangan terlalu taksub dengan konsep ini, kerana ia seolah-olah luka anda tidak pernah sembuh. Dan ia juga dianggap anda sebenarnya bukanlah seorang pemaaf, dan bukan berlapang dada untuk menerima sesuatu takdir. Belajar redha dan yakin pada Allah SWT. Pasangan anda adalah masa sekarang, realiti… dan bukannya pada kisah silam anda.

3. Menjadi insan yang dewasa.

Bercintalah dengan pasangan secara dewasa. Jika sudah berumur 30-an baru bertemu dengan jodoh dan bercinta selepas bernikah, jangan terlalu kebudak-budakan. Jangan terlalu mengikut trend percintaan zaman anak-anak remaja zaman sekarang. Ada sahaja lelaki yang rimas dengan wanita yang sentiasa update sosial media mengenai hubungan kalian begitu juga dengan wanita.

4. Pandai menyesuaikan diri.

Anda perlulah bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan dan situasi. Jika ke majlis keramaian, usahlah terlalu manja dengan pasangan pula, meluat orang ramai melihatnya. Jika di kenduri tahlil, jangan terlalu mengikut perasaan, berkabung atau selfie di tanah kubur.

5. Menjadi satu pasukan, bukan lagi individual.

Jadikan percintaan anda dengan pasangan sebagai satu pasukan, kerana di dalam perkahwinan itulah perkara yang perlu diutamakan. Pelajari dan persiapkan diri kea rah perkahwinan, sekiranya anda berdua serius untuk berumah tangga.

6. Sentiasa meluangkan masa.

Anda dan pasangan perlu tahu untuk membahagikan masa untuk meluangkan masa bersama-sama, supaya tidak rasa seperti disisih.

7. Travel bersama.

Pergi percutian bersama dapat melihat sejauh mana anda dengan pasangan memerlukan antara satu sama lain. Pergantungan harap antara anda berdua dapat menunjukkan, anda memerlukan dia, begitu juga dengan dia.

8. Jangan sentiasa membuat pengukuran pada semua perkara.

“Selalunya orang yang bahagia ni, mesti pasangannya kaya…”

“Orangnya cantik, mesti pasangan bahagia…”

Hentikan membuat pengukuran sebegini. Umur yang tua juga bukanlah pengukuran seseorang itu matang.

9. Tidak melakukan perkara yang tidak disukai oleh pasangan.

Jika sekadar mengusik dan ingin bergurau senda, tiada masalah, tetapi jangan terlalu ikutkan perasaan seperti ingin membalas dendam.

“Awak tau kan saya tak suka awak buat benda tu..”

“Dah sebelum ni pun awak buat macam tu jugakkan kat saya, saya nak balas dendam lah…”

10. Jangan mencarut atau memaki.

Perkara yang perlu anda elakkan untuk memastikan hubungan dengan pasangan sentiasa merasai kebahagiaan adalah dengan mengungkapkan kata-kata yang bersih, kata-kata yang baik, panggilan yang manja dan menyenangkan. Jangan suka sangat memaki hamun pasangan dengan mengkritik fizikalnya.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen