5 Sebab Wanita Tidak Kisah Digelar Sebagai Perigi Mencari Timba Pada Zaman Sekarang.

Kini, ada sebahagian daripada wanita lebih berani daripada lelaki dalam memulakan satu perkenalan. Tidak mudah gentar, malah ada juga yang tidak mahu mengikuti cara orang lain atau ikut telunjuk orang lain semata-mata.

Hanya selesa dengan caranya sendiri untuk berkawan malah berkenalan.  Wanita sebegini digelar perigi mencari timba, kerana mereka seolah-olah memecahkan tradisi memberi salam terdahulu kepada lelaki yang diminati secara diam. Padahal bukan menghantar rombongan meminang pula.

Namun sedemikian, dengan digelar Perigi Mencari Timba, membuatkan ada sahaja wanita tidak kisah dengan gelaran sebegitu. Malah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Jom lihat antara sebabnya…

1. Inginkan cabaran.

Pada pandangan masyarakat melayu, wanita zaman sekarang lebih kuat semangat dan tidak lagi memiliki ciri-ciri perempuan melayu terakhir. Kerana wanita moden ini, mampu membuat semua kerja termasuk kerja-kerja kasar dan berat yang dilakukan oleh lelaki. Oleh disebabkan itu, ia adalah pencetus pada jiwa wanita untuk sentiasa berasa dicabar.

Jadi, membuat sesuatu perkara yang memberi cabaran kepada dirinya seperti mengejar lelaki yang diminati adalah perkara yang kecil baginya.

2. Umur yang semakin meningkat.

Apabila umur semakin meningkat, sudah pasti melihat ramai sahaja dikalangan sahabat dan kenalan yang sudah berkahwin, malah memiliki anak yang ramai. Selain melihat situasi tersebut, sudah pasti wanita yang meningkat usia ini khuatir sekiranya kesihatan dirinya tidak memberi peluang untuk melahirkan anak. Perkara ini lah yang merunsingkan ramai wanita yang terlajak umur ini sebenarnya.

3. Lelaki yang baik seolah tidak wujud.

Wanita zaman sekarang perlu mencari dan mengejar lelaki dimana-mana sahaja kerana mahu mencari lelaki yang boleh menjadi suami yang baik, malah bapa yang bertanggung jawab pada masa akan datang. Akan tetapi, kuantiti lelaki sebegini seperti semakin berkurangan atau semakin pupus pula. Jika ada pun, hanyalah suami orang sahaja, tunang orang atau dipendekkan cerita kepunyaan orang yang mutlak.

Sudah pasti tidak mahu menjadi perampas!

4. Tertekan dengan desakan ibu bapa.

Apabila umur semakin meningkat pasti ibu bapa semakin mendesak untuk mencari jodoh. Ini terjadi kerana melihat anaknya sudah memiliki kehidupan yang stabil, mampu untuk berkahwin dan mampu juga untuk menjaga anak orang. Anak mana yang tidak mahu melihat kegembiraan di wajah ibu bapa tersayang, kan?

5. Tertekan dengan masyarakat.

Zaman sekarang, ramai sahaja anak muda semakin tertekan dengan masyarakat, netizan atau makcik/pakcik bawang yang terlalu mengambil tahu tentang hidupnya. Jika tidak kahwin, dikatanya tidak laku. Jika dah berkahwin, sibuk tanya bila mahu ada anak pula. Begitulah lumrah kehidupan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen