Teman Wanita Yang Matang Tidak Akan Bertanya Tentang 20 Soalan Merepek Ini.

“Think like a man, act like a lady...”

Menjadi wanita yang berpewatakan normal, jarang untuk berlaku kerana kelakuan wanita kadang-kala sukar untuk dijangkakan. Ini disebabkan hormon yang terkandung dalam tubuh badan wanita berbeza dengan hormon lelaki. Hormon wanita adalah penentu mood wanita, dan mampu berubah setiap masa, menurut saintifik.

Namun secara lahiriahnya, kejadian wanita dan lelaki memang berbeza, tidak dapat disangkalkan lagi. Oleh disebabkan itu, di dalam percintaan wanita akan mempunyai karakter seperti anak-anak kecil dan menjadi tidak matang, kerana lelaki yang mereka cintai.

Tetapi kadang kala, sikap yang tidak matang ini merimaskan lelaki pula, jika terlalu asyik menyoalkan tentang perkara yang merepek, sebagai contoh…

  • Kenapa ego sangat ni?
  • Cari kerja lain boleh tak?
  • Tak penat ke asyik OT atau part time je?
  • Kenapa awak asyik tengok perempuan tu?
  • Mesti perempuan tu lagi cantik dari saya kan?
  • Saya pakai baju ni mesti nampak gemuk kan?
  • Saya pakai baju kuning, mesti saya nampak macam pisang kan?
  • Saya pakai baju merah, mesti nampak macam tembikai kan?
  • Kereta awak ni boleh pakai lama ke?
  • Tak penat ke asyik naik motor je?

  • Awak rasa mak awak tu baik dengan saya tak nanti?
  • Siapa lagi cantik, saya ke ex-girlfriend awak?
  • Apa yang awak tak pernah buat kat ex-girlfriend, tapi pernah buat kat saya?
  • Kalau saya tak cantik, awak sayang saya lagi tak?
  • Awak rasa lepas kahwin nanti, awak romantik lagi tak?
  • Kalau saya gemuk lepas kahwin, awak sayang saya lagi tak?
  • Awak sayang saya ke kucing awak?
  • Kalau saya dengan kucing lemas dilautan, siapa yang awak akan selamatkan dulu?
  • Antara saya dengan semua ex-girlfriend awak, siapa yang lagi hebat?
  • Saya nampak macam makcik-makcik ke?

Kadang-kala kaum lelaki tidak kisah sekiranya teman wanitanya berkelakuan agak kebudak-budakan, tetapi jika terlalu kerap pasti akan membosankan. Malah sering bertanyakan soalan yang sukar dijawab, asyik-asyik tentang bekas kekasih dan tidak masuk akal juga akan membuatkan lelaki berasa rimas.

Ini kerana lelaki mahukan perhubungan yang matang, supaya dia nampak kesungguhan anda dalam membentuk perhubungan tersebut.

Jika sudah hampir 30-an tetapi masih lagi bercinta seperti kebudak-budakan, lelaki akan mengandaikan hubungan hanya setakat itu sahaja, dan bukannya yang lebih serius. Tunjukkan sikap anda yang benar-benar mahu ke jinjang pelamin. Jika anda mahukan perhatian daripada teman lelaki, lakukan dengan bijak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen