Ketahui Bilakah Seseorang Lelaki Mula Berfikir Untuk Berkahwin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Secara dasarnya wanita ini mahukan seorang pasangan yang serius ketika mereka ini jalinkan hubungan. Keseriusan ini sering dibuktikan sendiri oleh orang lelaki, di mana mereka mula berani untuk bercakap tentang masa depan dengan pasangan mereka dan membuka mulut untuk membawa hubungan mereka ke tahap perkahwinan. Namun begitu, pada ketika ini banyak wanita masih lagi tertunggu-tunggu pasangan mereka menyatakan sesuatu seperti ini, terutama jika mereka itu telah menjalinkan satu hubungan yang agak lama.

Mengapa lelaki tidak menyatakan perkara itu kepada pasangan mereka? Adakah apabila mereka ini sudah berani untuk berhadapan akan perkara tersebut? Atau bagaimana?



Berikut adalah 9 perkara mengenai lelaki, apabila ditanya bila mereka ini akan berkahwin:

1. Ketika sudah berasa yakin dan serius untuk berkahwin. Kalau boleh sudah bersedia. Dan yang penting sudah sampai masanya.

2. Sudah bersedia dari segi kewangan bahkan mental juga sudah bersedia.

3. Kalau sudah mempunyai kewangan yang kukuh dan sudah bersedia untuk pikul tanggungjawab.

4. Ketika sudah berjumpa dengan pasangan yang serasi, serta mendapat restu keluarga.

5. Apabila sudah memiliki sebuah rumah dan sebuah kereta. Barulah boleh fikir mengenai jodoh.

6. Kalau sudah mempunyai kerja tetap dan pasangan juga tidak terlalu mengharapkan dirinya.

7. Kalau sudah menjalinkan hubungan cinta yang lama dengan pasangan. Macam dah jatuh cinta dengan orang tersebut.



8. Apabila sudah mempunyai sikap matang dalam diri, mental dan tingkah laku.

9. Apabila umur sudah mencecah 25 tahun. Umur selepas 25 ini dikatakan agak matang untuk berfikir perkara yang serius.

Jadi, rata-rata lelaki ini lebih mementingkan kewangan serta kesediaan mereka terhadap satu perkahwinan. Bagi mereka apabila sudah mempunyai kewangan yang kukuh barulah sesuai untuk membincangkan mengenai hal serius ini.

Namun pada masa yang sama, sudah bersedia untuk pikul tanggungjawab adalah hal yang sememangnya akan difikirkan. Hal ini kerana, mereka tahu bahawa perkahwian itu banyak tanggungjawabnya. Jadi mereka perlu sediakan mental dan fizikal yang cukup untuk menempuhi alam perkahwinan ini.

Buat wanita, jika anda sedang hangat bercinta pada ketika ini, jangan terlalu memaksa pasangan anda untuk berkahwin. Hal ini kerana, mereka ini memerlukan masa untuk mereka memikirkan perkara ini. Jangan menganggap bahawa mereka ini tidak serius, cuma mereka ini mahukan satu masa yang agak panjang untuk menyiapkan diri mereka.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen