Wahai Wanita, Jadilah Diri Sendiri Ketika Bercinta Dengan Tidak Melakukan 6 Perkara Ini.

Ketika bercinta, setiap insan pasti mahukan kesempurnaan dan wanita tidak dikecualikan. Bagi pandangan manusia, cinta yang indah adalah cinta yang sempurna tanpa cacat cela. Namun secara realitinya, cinta yang indah adalah saling melengkapi antara satu sama lain kerana sempurna sifatnya hanya ada pada Allah SWT sahaja.

Wanita adalah kaum yang mudah resah sekiranya sedang hangat bercinta, malah fikiran mereka mudah terganggu dan lari dari fokus kerana dipengaruhi oleh emosi. Apabila ingin kesempurnaan, kaum wanita akan cuba melakukan 6 perkara ini yang sepatutnya dielakkan supaya menjadi diri sendiri.

Jom lihat 6 perkara tersebut…

1. Memakai mekap yang terlalu tebal.

Bagi lelaki jika, mereka tidak kisah jika anda tidak mengenakan mekap yang tebal, hanya oles sedikit bedak sahaja bersama gincu sudah memadai. Namun, jika muka berjerawat penuh, dan hanya mahu menutup dengan mekap tebal semata-mata, kenapa anda tidak selesaikan dengan cara untuk mengubati jerawat tersebut dahulu?

Kenapa perlu bermekap tebal semata-mata untuk menarik perhatian mata lelaki?

2. Berpakaian yang boleh menyebabkan anda tidak selesa.

Setiap pertemuan, kaum wanita pasti sangat keliaru untuk memilih pakaian yang sesuai untuk dating. Apabila terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dijangka, pasti mereka akan berpakaian sesuatu yang tidak selesa. Dan ketika itu jugalah pakaiannya tidak menyerap peluh, lalu tubuh badan akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Pakai sahaja pakaian yang anda selesa ya, jadi diri sendiri!

3. Memakai high heels.

Oleh kerana bagi wanita, lelaki suka wanita yang dewasa dan feminin, mereka akan cuba memakai kasut tinggi semata-mata untuk nampak menarik. Bukan keselesaan diri diutamakan, tetapi pandangan lelaki itu yang lebih penting. Ingat, pakai sahaja kasut yang membuat anda selesa. Jika memakai sandal, pastikan anda memotong kuku jari kaki dan tumit yang bersih tanpa merekah.

Kalau pakai kasut tinggi, tapi kaki berbau, tak guna juga kan?

MENJADI WANITA HIPOKRIT SEPERTI….

4. Menjadi seperti wanita yang si dia idamkan.

Anda tahu standard lelaki tersebut mahu wanita yang bagaimana. Jadi, anda sedaya upaya untuk menjadi wanita idaman lelaki tersebut sehingga menjadi orang lain. Tidak perlu menjadi fake sehinggakan si dia tertarik pada anda yang tidak original. Ia seolah-olah menipu anda sendiri juga. Anda juga yang tidak selesa nanti.

5. Menjadi perempuan melayu terakhir.

Anda sedar perwatakan anda agak garang, tegas, atau seorang yang kasar dan cakap lepas. Malah tidak selesa untuk berpakaian feminine. Tetapi untuk si dia anda menjadi seorang wanita melayu terakhir. Sangat bersopan-santun, memakai baju kurung setiap hari, jubah atau skirt labuh. Memang bagus untuk anda berubah menjadi seorang yang lebih baik, namun perhatikan niat anda bagaimana ya.

Jika anda mahukan si dia benar-benar menjadi jodoh anda, niatlah kerana Allah SWT.

6. Berpura-pura menjadi solehah.

Seperti point di atas juga, niat anda menjadi seorang wanita yang baik dan solehah hanya kerana lelaki itu semata-mata. Tiba-tiba memakai tudung, dan pergi ke masjid untuk lihat lelaki tersebut. Rajin mengaji pula. Jika niatnya hanya kerana lelaki dan tidak kerana Allah, khuatir ia hanyalah perasaan yang sementara sahaja.

Jika lelaki tersebut sudah tiada dari pandangan anda, niat anda juga akan berubah. Oleh kerana itu, anda sukar untuk bertemu jodoh. Wallahu’alam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen