Setiap Pengantin Baru Perlu Ada RM10,000 Simpanan Sejurus Majlis Perkahwinan Selesai.

Duit adalah salah satu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Ia bukan sahaja digunakan untuk pada masa sekarang, tetapi penting untuk masa hadapan juga. Oleh kerana itu, kita semua dinasihatkan untuk mempunyai tabung sendiri dari kecil atau simpanan agar dapat digunakan pada masa-masa yang tidak dapat dijangkakan terutamanya ketika kecemasan.

Pada pasangan yang berusaha menyimpan duit untuk ke jinjang pelamin, jangan lupa dengan simpanan untuk masa hadapan iaitu duit kecemasan. Sebagai contoh, setelah berkahwin sahaja pasti semua pasangan inginkan anak, jadi anda perlu rancang hospital swasta atau kerajaan yang menjadi pilihan si isteri. Kebanyakannya pasti ramai ingin hospital swasta kerana lebih selesa dan ada privasi.

Jadi, adakah anda sudah terfikir tentang perbelanjaan tersebut? Jangan lakukan perkara ini last minute kerana banyak sahaja kes kecemasan yang anda tidak pernah terfikir seperti…

1. Membaiki kenderaan.

Untuk lelaki, pasti ada sahaja antara mereka yang lebih suka menggunakan kereta second hand, kerana lebih jimat dan boleh membuat bayaran secara tunai sahaja. Akan tetapi sekiranya kereta tersebut tidak pandai dijaga, pasti banyak perbelanjaan yang akan dikeluarkan. Kereta second hand kebanyakannya high maintenance juga.

Di samping itu, anda juga perlu merancang untuk membeli kereta yang mudah untuk mencari barang spare part, dan tidak tinggi harga service, tidaklah menggunakan perbelanjaan yang banyak kelak. Jadilah pasangan yang bijak.

2. Bayaran perubatan dan hospital.

Kita semua tidak minta untuk menjadi sakit, akan tetapi sakit itu pasti akan datang secara tiba-tiba. Secara berjangkit atau melalui keturunan, setiap insan pasti ada penyakit yang tidak duga. Jadi, persiapkan diri anda untum mempunyai simpanan supaya dapat digunakan ketika ini. Sebagai contoh anda atau pasangan menghadapi demam denggi, pasti memerlukan rawatan yang segera.

3. Deposit Sewa Rumah.

Tidak dinafikan ramai juga yang berkahwin ketika masih belum membeli rumah. Oleh itu, pasangan ini akan tinggal bersama ibu bapa. Terpulanglah samada isteri tinggal bersama keluarga suami atau suami tinggal bersama keluarga isteri. Biasanya ibu bapa menawarkan tinggal bersama mereka agar pasangan yang baru berkahwin tadi dapat mengumpul wang deposit untuk membeli rumah sendiri.

Namun sedia maklum, tidak semua menantu dan mertua dan ipar duai akan sentiasa ‘ngam’. Setelah beberapa bulan tinggal bersama, andai didapati hubungan kekeluargaan mula berantakan, anda boleh gunakan sebahagian daripada duit simpanan tersebut sebagai duit deposit rumah sewa.

Bukan apa, apabila telah berkahwin, perlu menjaga hati serta aib pasangan dan keluarga. Dengan tindakan ini, Insya Allah hubungan kekeluargaan akan menjadi pulih sedia kala. 


4. Bersalin.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, kita sendiri tidak akan tahu apa akan terjadi apabila si isteri bersalin kelak. Jika si isteri dapat bersalin secara normal, pasti tiada perbelanjaan sampingan. Tetapi jika berlakunya komplikasi ketika bersalin, kemungkinan besar akan memerlukan perbelanjaan yang agak banyak untuk prosedur tersebut.

5. Anak yang lahir mempunyai penyakit.

Yang baik datang dari-Nya, namun andai takdir hidup anak yang dilahirkan mempunyai penyakit pasti ia sesuatu yang kita mahu jauhi, kan? Masa ini dengan keadaan si ibu yang baru bersalin, kemudian perlu menunggu anak di ICU. Wang juga diperlukan untuk membayar rawatan penyakit anak yang baru dilahirkan termasuk kos biliknya.

Kesimpulannya apabila duit simpanan tersebut telah digunakan, pastikan anda mengganti semula agar jumlahnya kembali menjadi RM10,000.00. Dengan itu, apabila berlaku kecemasan, boleh diselesaikan dan ini juga salah satu cara untuk mengurangkan stress dalam menghadapi kecemasan. Selain itu, anda juga perlu berfikir dari sekarang untuk mengambil mana-mana takaful yang ada mempunyai simpanan juga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen