“Isteri Mengharapkan Pergantungan Dari Suami, Tetapi Menjadi Beban Dan Mangsa Keadaan…” Jom Baca!

Menjadi seorang wanita malahan seorang isteri pasti mempunyai pelbagai beban dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran. Mahu mengharapkan pergantungan dari encik suami kerana hanya difikirkan hanya pasangan yang dapat memahami secara total. Akan tetapi, terjadi sebaliknya, pergantungan seorang isteri menjadi satu bebanan pada suami, malah menjadi mangsa keadaan terutamanya dengan ibu mertua dan ipar duai.

Berkenaan dengan isu sebegini, jom hayati nasihat dari saudara ini...

********

Bila terlalu baik mulalah semua ahli keluarga nak ambil kesempatan, bila terlalu kasar kena label tak ada sifat keibuan pula tapi bila terlalu berdikari semua perkara kena urus sendiri macam single mom.

Kesian tapi ini REALITI !

Inilah rintihan dan keluhan yang sering saya terima di mesenger dan whatsapp. Hampir semuanya mengadu dah penat, buntu dan serik makan hati.

Ada yang mengadu sudah makan hati selama 7 tahun dengan suami tapi sampai sekarang masih tak berubah. Isteri di suruh berhenti kerja dengan alasan jaga anak sendiri. Bila isteri dah jadi surirumah sepenuh masa duit belanja, nafkah dan susu anak tidak beri. Bila di minta kena sembur pula.

Ada juga yang dah putus asa kerana hidup di kelilingi hutang. Tak sampai hati si isteri bila mertuanya mohon pertolongan untuk buat loan rumah kerana rumah yang mereka duduki hampir di lelong. 5 tahun berlalu tapi bayaran bulanan si isteri yang bayar seorang, bila mengadu pada suami boleh pula di jawab "hutang nama awak, awak lah bayar".

Wanita sekarang walaupun tak bekerja mereka masih ada peluang dan usaha untuk mencari pendapatan. Rata-rata buat bisnes dari rumah, bisnes online. Bila si isteri dah boleh berdikari sendiri mula si suami lepas tangan, semua barang keperluan rumah isteri yang beli. Sampaikan duit minyak motor pun kadang kala pinjam isteri.

Keadaan seperti inilah yang selalu buat si isteri serba salah. Pada awalnya mengharapkan suami boleh jadi tempat bergantung dan berteduh. Tapi sebaliknya menambah beban..

Bila melibatkan masalah dengan pasangan ni satu je nasihat saya, berbincanglah.. jika tak mampu mintalah bantuan orang tua, jika tak selesai juga jumpalah pakar kaunseling.

Kerana bagi saya rumahtangga adalah sesuatu yang berbaloi untuk di pertahankan..

Tak guna pendam perasaan lama lama kerana saya risau anak anak pula akan menjadi mangsa keadaan. Mental dan emosi anak anak menjadi taruhan di sini.

Kepada para suami dan bakal suami di luar sana, satu je pesanan saya.

Jadilah LELAKI !

Lelaki sebenar melindungi wanita bukan menindas..

Lelaki sebenar pikul tanggungjawab bukan mengabaikan..

Lelaki sebenar memelihara hak wanita bukan mempergunakannya..

Peringatan untuk diri sendiri, jangan jadi lelaki dayus....

Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulung rusuk lelaki bukan dari kepalanya untuk di junjung, bukan pula dari kaki untuk di pijak tapi dari sisi untuk jadi teman hidup, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.

P/s : Saya sebenarnya tak sanggup lagi nak mendengar rintihan dan keluhan dari isteri isteri yang bernasib malang seperti ini, terlalu sebak untuk didengari.. Tolong kongsikan post ini pada orang lain juga supaya lebih ramai yang sedar akan perkara ini.

P/s : Kepada isteri yang selalu memendam perasaan tolonglah kawal emosi anda, jangan dilepaskan pada anak anak kerana mereka tak bersalah. Belajarlah kawal emosi diri sendiri supaya anak tak tercedera fizikal dan emosi.

********

Harap kisah ini dijadikan iktibar.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen