Pasangan Perlu Ikhlas Saling Mencintai Kerana Allah.

Oleh: Rafi

Pasangan mestilah ikhlas untuk menerima dan mencintai setiap pasangan mereka semasa ingin mendirikan rumah tangga kerana Allah. Penceramah Undangan dari Malaysia, Dato’ Dr. Fatma El Zahraa Mohd Ramadan semasa menyampaikan ceramahnya bertajuk “Menjana Kasih Sayang Dalam Rumah Tangga Dengan Tarbiah Islamiah” berkata lagi apabila pasangan ikhlas mencintai dan menerima mereka semata-mata kerana Allah, maka Allah akan sayang dan menjaga perhubungan mereka.



Dato’ Dr. Fatma El Zahraa yang menyampaikan ceramah dalam Seminar Program Pembangunan Keluarga Islam bagi Pasangan Yang Berkahwin 5 hingga 7 Tahun di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas di sini hari ini, juga menyarankan agar pasangan tidak akan menzalimi diri dan pasangannya, dan perlunya ada sifat muhasabbah diri dengan dua perkara iaitu “Hubungan saya dengan Allah” dan “Hubungan saya dengan Manusia”. Ini bermaksud walaupun mendirikan rumah tangga selama 7 tahun atau 10 tahun ke atas tetapi tidak ada hubungannya bersama Allah, rumah tangga itu akan runtuh dan retak.



Dato’ Dr. Fatma menekankan, para pasangan juga perlu buang sifat mazmumah seperti dengki, marah, aniaya, tamak dan banyak lagi serta perbanyakan taubat kepada Allah agar rumah tangga selalu dilindungi Allah. Selain daripada taubat pasangan perlu ada sifat ‘Raqabbah’ iaitu Allah melihat kita tetapi kita tidak dapat melihat Allah. Beliau berkata sifat sedemikian memelihara kita agar kita takut kepada Allah dan memelihara pasangan untuk menjaga pasangannya dengan perasaan kasih sayang. Untuk menjana Kasih Sayang itu juga, para pasangan suami isteri perlu adanya sifat “Mujahaddah” atau Jihad iaitu melawan nafsu atau syaitan.



Beliau turut menasihatkan agar kita perlu berdoa setiap kali melakukan solat lima waktu dan hubungan rumah tangga akan dirahmati. Dalam ceramahnya itu, Dato’ Dr Fatma El-Zahraa juga telah memberi pengetahuan mengenai pentingnya Al-Quran untuk dibaca kerana terdapat beberapa surah mempunyai khasiat agar kita dapat melawan syaitan seperti membaca surah Al-Baqarah agar syaitan tidak akan masuk ke dalam rumah selama tiga hari dan membaca tiga Qul dan ayat kursi agar rumah tangga akan merasa aman dan tenteram.

Beliau juga menyarankan kepada pasangan supaya perlu juga berjaga-jaga dan agar tahu batas-batas hiburan serta tidak terlebih menikmati hiburan kerana melalui hiburan, manusia akan leka dan akan lupa kepada Allah. Dato Dr. Fatma El Zahraa adalah merupakan salah seorang penceramah undangan yang terkenal di Malaysia dan sering muncul di kaca televisyen melalui pelbagai saluran TV di Malaysia antaranya di TV 9, “Usrah” Astro, “Ar-Rayyan” TV 3 dan terkini di TV 1 “Cinta Tasbih”.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen