“Semakin Buat Perkara Ni, Semakin Jauh Dengan Jodoh” 5 Perkara Melalaikan Yang Membuat Anda Jauh Dari Jodoh.

Setiap wanita pasti ada yang mempunyai teman untuk dijadikan pasangan yang halal. Dan ketika ingin menjaga hati lelaki tersebut untuk tidak berubah, si wanita ini terlupa bahawa hatinya juga perlu tetap pada bakal jodohnya. Dirinya juga perlu dijaga dan diperbaiki kelemahan, supaya sama adil dan seimbang dengan pasangan. Itu yang dinamakan sama padan.

Namun, ada sahaja perkara yang dilakukan terlalu lalai atau lagha yang bermaksud perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah, malah kata-kata pun penuh dengan makian, kesat dan carutan. Jom lihat antara 5 perkara yang melalaikan tersebut…

1. Terlalu mengejar kecantikan luaran.

Anda tidak bersyukur dengan kecantikan yang telah Allah berikan. Cukup sempurna sifatnya tanpa cacat cela. Kulit yang hitam manis, mahu menjadi terlalu putih gebu pula, bukannya berjerawat atau berjeragat pun. Dengan kata yang mudah, anda tidak berpenyakit tetapi mencari penyakit. Kulit tiada masalah, tetapi tetap mencari masalah.

Tetapi, kecantikan dalaman tidak pula diutamakan. Akhlak masih tidak terjaga.

2. Terlalu meratap kesedihan dan kederitaan.

Apabila kehilangan seseorang pasti amat menyedihkan, tidak kira sahabat baik atau ahli keluarga sendiri. Jika ketika putus cinta anda sudah terlalu meratap dan murung seperti tidak dapat hidup tanpa si dia, apatah lagi jika kehilangan ahli keluarga. Hapuskanlah kesedihan tersebut dengan istighfar, anda masih ada lagi tempat pergantungan iaitu Allah SWT. Jangan lupa!

3. Menjadi seorang yang malas.

Terlalu banyak sangat dengan hiburan iaitu sosial media, malah menonton drama di televisyen, youtube atau Netflix menyebabkan diri anda menjadi lalai dan malas. Anda sanggup melayan hiburan berjam-jam lamanya sehingga tertinggal solat wajib 5 waktu. Jika solat wajib pun tertinggal, apatah lagi mahu mengaji atau pergi ke kelas ilmu, kuliah dan pelbagai ceramah agama. Lama-kelamaan hati akan menjadi keras seperti batu dan sukar untuk dilentur, melainkan ada kesedaran diri.

4. Anda menjadi seorang yang kedekut.

Jika anda tidak solat, makanya anda juga tidak berdoa dan kurang berdoa. Menghadap Allah pun tidak mempunyai masa, jadi anda juga tiada masa untuk melakukan segala kebaikan seperti menolong orang kurang upaya atau bersedekah. Malah, bagi mereka yang sudah bekerja, anda tidak pernah sekalipun untuk menghulurkan sedikit dari pendapatan beri kepada ibu bapa.

Anda memang terlalu kedekut pada sesiapa sahaja.

“Keredhaan Allah SWT adalah bergantung dari keredhaan dari kedua ibu bapa…”

5. Terlalu banyak berbelanja sehingga banyak hutang.

Nafsu apabila dituruti segala kemahuannya tidak akan pernah puas. Selagi mulut manusia belum makan sekepal tanah (mati), ia tidak berhenti memuaskan nafsunya. Rumah, kereta, perhiasan, bercuti, shopping, semuanya dengan kad kredit.

Bahkan menggunakan pinjaman! Akhirnya kepuasan yang sementara itu bertukar menjadi bencana. Akibat kurang bijak menguruskan kewangan keluarga akhirnya hidup anda jadi tidak tenteram.

Berkemungkinan dengan perilaku begini lah Allah SWT memberi kita peluang untuk hidup diatas muka bumi dan berubah malah bertaubat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen