8 Tanda Teman Lelaki Anda Matang Dan Bersedia Untuk Berkahwin.

Masyarakat ada mengatakan lelaki ini sedikit lambat matang dari wanita. Ini kerana pemikiran lelaki dan wanita adalah berbeza. Jika mengikut adat melayu dari dahulu, kaum wanita sememangnya kelihatan lebih matang dan pandai menguruskan segalanya dari lelaki kerana semua kerja rumah hanya dilakukan oleh kaum wanita sahaja. Kaum lelaki hanya melihat dari jauh, membaca surat khabar dan dilayan seperti raja.

Namun sedemikian, didikan ibu bapa itu penting dari kecil supaya seimbang antara anak lelaki dan anak perempuan. Situasi ini akan membuatkan seorang lelaki menjadi matang dan bersedia untuk berkahwin lalu ia menjurus untuk….

1. Tidak keluar lepak sehingga lewat malam.

Kebiasaannya masyarakat melayu pasti menegur jika anak perempuan mereka keluar malam. “Tidak elok kalau anak dara keluar malam…” tetapi lelaki ini juga tidak akan membimbangkan ibu bapanya dengan keluar sehingga lewat malam. Mereka masih boleh berfikir siapa yang lebih penting, ibu bapa atau kawan-kawan.

2. Bijak membahagikan masa dengan ahli keluarga.

Seperti point di atas, lelaki ini tahu mana yang lebih penting, jadi sudah pasti mereka bijak membahagikan masa untuk kawan-kawan dengan ibu bapa. Ahli keluarga itu sangat penting, jadi lebihkan masa untuk mereka, dan sedikit masa tambahan untuk kawan-kawan supaya tidak digelar anti-sosial pula.

3. Tidak lagi pergi ke parti liar.

Menjadi anak muda memang mudah terpengaruh dengan rakan-rakan. Terutamanya melakukan sesuatu pekara yang tidak berfaedah, kerana bagi mereka ia menyeronokkan. Tetapi lelaki ini sudah cukup untuk merasai zaman tersebut dan tidak mahu mengulangi aktiviti yang tidak berfaedah ini.

4. Tidak lagi mengetepikan anda.

Oleh kerana anda adalah teman wanitanya dan bakal menjadi isterinya kelak, sudah tentu lelaki ini tidak lagi mengetepikan anda atau tidak mempedulikan anda. Anda adalah sebahagian dari hidupnya sekarang.

5. Tidak lagi membuat sesuatu semata-mata untuk mendapat perhatian.

Lelaki ini juga tidak akan membuat sesuatu perkara hanya untuk menarik perhatian orang lain sehingga orang tersebut berasa kagum dengan dirinya. Lelaki ini mula menjadi rendah diri dan tidak lagi menunjuk-nunjuk dengan perkara duniawi kerana ia hanyalah pinjaman dan sementara sahaja di atas dunia ini.

6. Tidak lagi berdendam.

Lelaki ini adalah makhluk yang pantang dicabar lebih-lebih lagi dengan kaumnya sendiri. Sebagai contoh situasi dimana anda akan lihat seorang lelaki tidak puas hati sekiranya ada kereta lain yang menghimpit keretanya dan berlalu pergi. “Ni mesti ajak race, kau ingat aku tak boleh kejar kau…”.

Situasi ini menjurus mereka untuk mengejar kereta tersebut sehingga mereka berpuas hati. Ini bukan sahaja membimbangkan pasangan disebelah, malah membahayakan pemandu lain di jalan raya.

Jika ada lelaki yang tidak lakukan perkara sebegini, mereka adalah seorang yang matang dan boleh berfikir secara rasional. Tak ada motif pun nak bawak kereta laju-laju, nak tunjuk siapa yang hebat.

7. Tidak lagi melarikan diri dari masalah.

Sudah lumrah setiap lelaki akan mendiamkan diri ketika sedih dan mempunyai masalah yang besar. Namun, lelaki ini hanya menenangkan diri untuk bertenang dan mencari solusi, dan bukannya melarikan diri.

8. Tidak mensia-siakan tanggung jawabnya.

Semakin meningkat dewasa seorang lelaki itu, semakin matanglah pemikirannya. Malah tidak akan mensia-siakan tanggung jawabnya terhadap keluarga dan termasuk anda sendiri sebagai bakal isterinya kelak.

Jangan lepaskan lelaki begini.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen