“Ibu Dan Isteri Adalah Sama Penting, Sama Sayang…” Nasihat Lelaki Ini.

Pasti kita pernah saja dengar persoalan seorang teman wanita pada pasangannya ketika bercinta “Kalau saya dengan kawan awak lemas dilautan siapa yang awak akan selamatkan dahulu…” pasti mudah sahaja lelaki memberi jawapan iaitu teman wanitanya. Akan tetapi bagaimana pula jika teman wanitanya memberi soalan yang berkaitan dengan ibunya sendiri, adakah dapat menjawab dengan mudah?

Serba salah juga untuk memberi jawapan. Jika terus menjawab “Awak masih lagi girlfriend saya, bukan lagi isteri…” ada sahaja wanita yang memahami. Tetapi setelah berkahwin, pasti akan ada soalan

“Awak asyik balik rumah mak je, jom la balik rumah mak saya pula…”

“Mana boleh, syurga saya masih ditelapak kaki ibu, syurga awak bawah telapak kaki saya, jadi awak kena ikut cakap saya”

Menjadi lelaki sebegini sentiasa tersepit dengan situasi, jadi jom ikuti perkongsian dari saudara ini…

********

Bila ada masalah antara mak dan isteri mesti orang akan cakap, mak ada satu je tapi isteri boleh cari ganti jadi utamakan mak lah.

Mak beri kehidupan pada kita, tapi isteri beri kita MAKNA kehidupan..

Betul dan tepat mak ada satu, tapi tak bermakna isteri yang kita sunting dari ibu bapanya boleh di ganti sesuka hati. Mak wajib kita taat tapi berdosa kalau kita aniaya isteri sendiri.

Isteri adalah amanah, mak pula kewajiban kita sebagai anak. Dua-dua penting dan wajib di utamakan. Orang lelaki kena bijak dan ada pendirian bila berlaku perselisihan antara mereka. Kena pandang 'sama berat' isu antara mak dan isteri. Jangan berat sebelah pihak!

Masalah rumahtangga selesai baik-baik suami isteri, jangan libatkan mak ayah, lagi tak boleh kalau adik beradik atau ipar duai campur tangan. Memang tambah keruh jadinya nanti..

Walaupun hakikatnya talian darah dengan ibu tak akan putus bawa sampai mati tapi itu bukan lesen untuk kita buat talian 'akad nikah' kita dengan isteri di layan macam kertas buruk. Bila suka sign, bila tak suka buang.

Tiada istilah biarkan isteri di aniaya asalkan ibu tidak terluka. Isteri pun ada hati dan perasaan, isteri juga ibu kepada anak-anak kita. Fikir juga kesan pada anak-anak bila nampak ayah aniaya mak mereka. Situasi yang kita alami sekarang akan berbalik pada kita tau, itu Comfirm!

Percayalah tiada mak yang nak lihat rumahtangga anak lelakinya tak bahagia, biasalah kadang terlepas kata sebab mahu jamin kebahagiaan anak nya. Mungkin cara orang dulu tegur agak kasar tapi niat mereka sentiasa lembut.

Isteri juga seorang ibu mesti faham. Ada naluri yang sama jadi cuba lah bertahan sedikit. Jika terlalu berat untuk di tahan minta bantuan suami. Seorang ibu hanya boleh beri pandangan sahaja, itu pun bila di minta. Campur tangan mak dalam rumahtangga tak akan jernihkan keadaan malah keruhkan lagi.

Suami perlu prihatin bila isteri mengeluh, tidak boleh ambil sikap bersahaja walaupun nampak isteri tersenyum. Dalam hati terluka jika di biar boleh jadi barah yang menghancurkan rumahtangga. Menyesal tak sudah nanti.

Pesan pada anak lelaki, hormati mak dan sayangi isteri baru hidup kita di berkati.

Keluarga adalah 'Ladang Pahala' untuk kita, jangan jadikan ia 'Ladang Dosa' hanya kerana ego dan pentingkan diri sendiri.

Saya bersyukur kerana ada 2 orang mak dan seorang isteri yang baik dan prihatin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen