“Tidak Terima Kenyataan Hubungan Telah Berakhir…” Antara Sebab Anda Sukar Melupakan Bekas Kekasih.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mencintai tidak semestinya memiliki, inikan pula dengan seseorang yang bukan jodoh kita. Jadi sudah tentulah langkah-langkah yang bijak perlu diambil untuk membuang nama yang sudah tidak penting dalam hati kita. Kalau simpan pun, ia hanya akan menambahkan luka yang semakin mendalam. Jadi lebih baik dibuang bukan disimpan.

Dalam proses melupakan kekasih hati itu, sudah pastilah anda beberapa perkara yang tidak perlu kita lakukan. Jika kita lakukan perkara seperti ini, semakin sukarlah untuk kita lupakan bekas kekasih dan sukar juga untuk menerima kehadiran orang baru. Jadi, jangan lakukan 5 perkara ini jika anda ingin move on.



1. Paranoid.

Ini adalah satu keadaan di mana anda terlalu memikir satu perkara buruk secara berlebihan, sedangkan perkara itu belum tentu terjadi dalam hidup anda. Anda sentiasa bimbang akan kehidupan anda selepas berlakunya perpisahan. Itu yang membuatkan anda tidak berganjak dari kedudukan anda. Anda akan sentiasa terjebak dengan kenangan anda dan menghalang seseorang yang lebih baik akan datang.

2. Overthinking.

Keadaan di mana seseorang memikirkan sesuatu yang mendalam dan berlebihan. Jika anda sentiasa berfikir tentang perkara-perkara yang membuat anda sedih anda akan membuat anda terseksa. Semakin lama anda terus membiarkan pemikiran negatif mengatasi anda, lebih banyak anda akan membuat diri anda terluka oleh pemikiran anda sendiri.

3. Tidak mahu terima kenyataan hubungan anda telah berakhir.

Apabila hubungan anda berakhir, anda masih tidak dapat mengawal diri anda. Anda masih fikir perhubungan anda boleh diteruskan. Anda masih merasa bergantung dan berasa anda tidak boleh gembira jika anda tidak bersamanya. Ini hanya akan menjadi penghalang kepada kebahagiaan anda. Anda juga tidak akan dapat lari dari bekas kekasih anda jika anda berkelakuan seperti ini.



4. Hilang diri anda.

Perkara yang paling buruk adalah apabila anda telah mula hilang identiti diri anda. Hidup anda lebih kepada bayang-bayang kepada kenangan lalu. Anda lupa bagaimana anda orangnya sehinggakan anda berubah menjadi orang lain. Tetapi anda perlu kuat semangat dan bangkit dari kesakitan itu kerana hubungan anda dengan dirinya telah berakhir.

5. Anda akan dengar apa yang anda inginkan.

Mungkin apabila anda cuba bercakap dengan rakan-rakan atau orang terdekat anda, anda akan menerima cadangan yang mungkin membuat anda lebih teruk. Malah nasihat yang mereka berikan bukan sesuatu yang menyokong anda untuk kembali bersama-sama dengan bekas anda. Apabila seseorang benar-benar mengambil berat tentang anda, dia akan memberikan nasihat tentang realiti yang anda mesti hadapi.

Tetapi jika anda hanya mahu mendengar perkataan yang anda hanya mahu dengar, anda tidak akan bangkit. Kadang-kadang realiti yang lebih pahit akan membuat anda lebih kuat dan lebih baik menyiapkan diri.

Apabila anda merasakan bahawa anda ingin memulakan satu hidup yang baru, maka anda perlu berhenti lakukan perkara-perkara seperti ini. Mula terima kenyataan bahawa hubungan anda dan dirinya telah berakhir.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen