“Awak Terlalu Baik Untuk Saya…” Sering Kali Menjadi Alasan Untuk Berpisah, Terdapat 5 Perkara Anda Perlu Ingat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perpisahan itu adalah perkara yang akan melukakan hati anda. terutama jika anda telah benar-benar jatuh cinta dan terlalu sayang akan dirinya. Perpisahan ini terjadi berdasarkan banyak sebab bukan hanya kerana anda terlalu baik untuk dirinya adalah sebab yang kukuh. Sedangkan perpisahan itu adalah berpunca darinya. Terutama jika dia sendiri sudah tidak senang dengan anda.

Apabila orang dah tak suka ini, pelbagai alasan akan muncul untuk menyelamatkan diri malah akan mencari mangsa yang harus dipersalahkan. Jangan kecewa apabila anda diputuskan atas sebab ini. Tapi ada 5 perkara yang anda perlu tahu mengenai perkara ini.



1. Gunakan kebaikan sebagai alasan adalah perkara yang tidak logik.

Jika anda merasakan kebaikan anda itu menyebabkan anda tinggalkan oleh si dia, anda sebenarnya silap. Itu adalah sebagai alasan yang membolehkan dirinya berpisah dengan anda. cuba berfikir secara rasional, mana ada orang yang inginkan pasangan yang tidak baik, pasti semua orang mahukan pasangan yang baik bukan? Jadi itu terbukti sebagai alasan semata-mata.

2. Untuk menutup salah dirinya.

Di sebalik ungkapan "anda terlalu baik" dari bekas anda, ada perkara yang disembunyikannya dari anda. Mereka berlindung dari sebab-sebab yang seolah-olah memuji anda sebagai cara menyembunyikan tindakan jahat mereka. Mereka sebenarnya mempunyai alasan lain yang mereka tidak berani untuk menyatakan.

3. Tidak perlu lagi mengharapkan orang seperti ini.

Tidak dinafikan bahawa agak sukar untuk melakukan move on. Tapi jika anda menerima alasan sebegini, anda seharusnya tidak perlu mengharapkan perkara-perkara yang luar biasa akan berlaku. Hal ini kerana perkara tersebut tidak akan mungkin akan berlaku kerana dia sudah mula membuang anda terlebih dahulu.



4. Anda akan lebih waspada selepas ini.

Apabila anda memiliki bekas kekasih seperti ini ada seharusnya lebih berterima kasih. Di mana selepas ini anda akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pasangan. Sekiranya terdapat ciri-ciri yang menyerupai, buanglah, orang seperti itu. Selain itu, anda mesti belajar menangani hubungan secara logik. Kerana dia mungkin memutuskan anda kerana anda terlalu baik kepadanya, jadi tidak ada cabaran untuk dia mempunyai hubungan dengan anda.

5. Dia akan menyesali dengan kebaikan yang ada pada anda kemudian hari.

Dirinya pasti akan menyesal selepas berpisah dengan anda. Walaupun bukan hari ini atau esok tapi pasti sahaja dia akan menyesalinya. Mana tidaknya, dirinya tidak akan menjumpai seseorang yang mempunyai kebaikan sama seperti anda. Pada ketika itu, anda perlulah terus melangkah tanpa menolehnya lagi.

Mungkin anda akan kecewa akan perpisahan yang terjadi, tapi sedarlah bahawa ia adalah satu perkara yang baik untuk anda. Untuk apa anda kekal bersama orang yang tidak tahu menghargai anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen