Apakah Hukum Jika Seorang Suami Tidak Memuliakan Isterinya? Jom Baca.

Pernikahan adalah satu perkara yang suci, bahkan saat bernikah Allah SWT akan melipat gandakan rezeki kita. Allah memberi amanah kepada suami iaitu isteri dan anak-anak, maka Allah juga memberi rezeki kepada keluarga kita kelak. Jika sebelum ini kita miskin, dengan izin Allah, Dia akan mencukupkan rezeki setelah bernikah.

Mencari nafkah bagi suami adalah satu kewajipan dan jalan mendapatkan pahala maka bersungguh-sungguhlah  menunaikan tugas yang mulia ini. Ketika suami keluar mencari nafkah, maka isteri harus menunggu di rumah dan berdoa untuk keselamatan dan kejayaan si suami.

Isteri adalah teman hidup yang menemani di kala susah mahupun senang. Mengurusi semua keperluan rumah tangga, mencukupkan belanja, mengasuh  dan mendidik anak. Begitu besarnya tugas seorang isteri.

Ketika si suami mencintai isterinya maka ia akan memuliakan isteri yang dicintainya. Cinta seorang isteri kepada suami adalah dengan mengutamakan suaminya dalam segala hal. Menjaga diri dan harta suaminya selama suami pergi, menjaga amanah berupa anak-anak yang dititipkan padanya dan menjadi tempat bersandar bagi suami yang kelelahan mencari nafkah.

HUKUM SUAMI YANG TIDAK MEMULIAKAN ISTRI AKAN MENJAUHKAN REZEKI.

Kejayaan seorang suami tidak terlepas dari dukungan dan doa-doa yang dipanjatkan oleh isterinya. Rasulullah SAW adalah seorang yang perlu diteladani oleh para suami dalam mencintai isteri-isterinya, malah berusaha untuk menyenangkan hati mereka.

Dalam sebuah riwayat diceritakan bagaimana Rasulullah yang saat itu sudah berumur melayani isterinya Sayidina Aisyah r.a. yang masih lagi muda. Rasulullah pun memanggil Sayidina Aisyah dengan panggilan sayang “Humairah” yang ertinya kemerah-merahan, kerana pipi Sayidina Aisyah yang selalu memerah seperti buah plum.

Ketahuilah isteri yang bahagia akan menjadi pasangan yang mendukung kejayaan suaminya, dan menjadikan rumah tangga seperti di syurga yang dipenuhi rahmat dan kasih sayang.

Rumah tangga yang bahagia, dan saling menyayangi. Keselarasan antara doa suami dan isteri juga akan mempercepatkan datangnya rezeki. Jika doa antara pasangan suami isteri tersebut ditambah dengan doa dari ibu bapa untuk impian anak-anaknya, maka kekuatan doa tersebut akan menjadi 3 kali lipat ganda.

Sebaliknya isteri yang tersakiti akan mengakibatkan rumah tangga;

Menjadi muram…

Jauh dari kasih sayang….

Penuh dengan pertengkaran seolah-olah seperti di neraka....

Rumah tangga yang berantakan adalah kesukaan syaitan yang tidak berhenti menggoda sampai terjadi perceraian. Perceraian meskipun halal tetapi SANGAT DIBENCI Allah SWT. Jika Allah sudah benci dengan kita bagaimana Dia akan menurunkan rezeki dan nikmat kepada kita? Maka itu wajib para suami untuk memuliakan isterinya.

Maka untuk para suami. Cintailah isterimu, Muliakan dan Setia serta sayangi dia yang menjadi tanggung jawabmu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen