Beza Dunia Lelaki & Wanita, Ini 8 Perkara Sering Berlaku. Fahami Pasangan Masing-Masing.

Oleh: Rafi

Betul ke pepatah yang berkata ‘Men Are From Mars, Women Are From Venus’? Tapi memang tidak dinafikan memang susah untuk faham antara dunia wanita dan lelaki? Mungkin sebab anda masih tidak tahu kelebihan masing-masing. Cuba lihat dan faham secara jelas apa yang buatkan anda dan pasangan selalu salah faham, dengan lihat perbezaan ini anda pasti akan lebih memahami dan dekat di hati masing-masing.



1. Beza koleksi.

Perempuan: Percaya atau tidak, setiap kali mahu memilih baju wanita akan termenung di depan almari dalam beberapa minit. Kemudian akan berfikir, “Isyh, dah tak ada baju nak pakai, asyik yang sama je.”

Lelaki: Lebih suka kumpul barang koleksi yang dia minat. Ada yang jenis minat buku, memang asyik pulun buku. Dapat yang suka simpan mainan kecil-kecil? Boleh turunkan pada si anak pulak ya.



2. Kemas baju.

Perempuan: Dari sekecil-kecil barang wanita mahu ‘sumbat’ dalam beg kalau nak pergi berjalan ke mana-mana. Bayangkan pengetip kuku dan kadang jarum pun ada sekali. Sangat prihatin dan berjaga-jaga.

Lelaki: Bagi masa 5 minit sebelum bergerak pun sempat lagi sebab diorang jenis fikir apa yang patut saja. Jadi jangan mengeluh kalau tengok lelaki lambat bersiap.

3. Di laman sosial.

Perempuan: Friend request dan komen punyalah banyak. Baru up satu gambar berderet orang komen.

Lelaki: Post satu status berzaman orang nak komen. Kalau ada yang komen tu kira bersyukurlah. hehe.



4. Emosi.

Perempuan: Dapat ayat-ayat yang kira pujuk hati, terus mengalir air mata. Ini belum lagi dapat hadiah, mahu terharu sampai sebulan kalau jiwa dah tersentuh.

Lelaki: Bagilah kata-kata semangat macam mana pun, lelaki tetap cool. Tiada nak nangis atau tersengih. Tetapi dalam hati siapa tahu, mesti terusik. Cuma tidak suka nak tunjuk. Bajet macho kot.

5. Potong rambut.

Perempuan: Sekali masuk kedai gunting rambut, harga nak bayar bukan main mahal. Tetapi apa yang pelik, gaya rambut tetap sama. Kadang tukang rambut hanya ‘cuit’ hujung-hujung rambut.

Lelaki: Benar, lelaki agak jimat bab ini. Janji rambut sudah pendek dan berubah.



7. Bersiap setiap pagi.

Perempaun: Semua fizikal akan disolek sebab wanita sangat suka dengan kecantikan. Jadi tak perlu nak mengeluh kalau berdepan dengan wanita yang lambat bersiap.

Lelaki: Hanya perlukan beberapa minit untuk bersiap. Dalam hubungan suami isteri, kalau suami ajak pergi berjalan elok wanita terus bersiap, ya. Nanti kesian pula lelaki nak kena tunggu wanita lama sangat.

8. Guna tandas.

Perempuan: Cukup menjaga hati kalau bab ini, lebih teratur dan sanggup tunggu giliran daripada saling sakit hati.

Lelaki: Janji boleh, kadang main redah. Tetapi lelaki ok, tidaklah sampai nak bergaduh hanya sebab berebut mahu masuk tandas.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen