Cara Bergaduh Dengan Pasangan Tanpa Memburukan Hubungan Kalian.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila bergaduh sahaja pasti ramai yang beranggapan bahawa ia akan membawa kepada perkara buruk kepada hubungan yang dibina. Pergaduhan ini sememangnya adalah perkara yang ingin dielakkan oleh setiap pasangan. Dalam pada masa yang sama pergaduhan dan pertengkaran ini membantu anda untuk mengenali pasangan anda dengan lebih dekat. Oleh itu, apabila berlaku pergaduhan dalam hubungan, anda perlu bijak untuk mengawalnya.

Jangan bertindak mengikut perasaan kerana ia akan memburukan hubungan. Jadi mari ikut 5 cara ini.



1. Kawal emosi.

Dalam pergaduhan, emosi adalah perkara yang paling penting. Apabila anda tidak mampu mengawal emosi anda, maka ia akan memburukan hubungan yang ada. Mana tidaknya, apabila anda mengikut emosi, banyak perkara yang anda akan lakukan mengikut perasaan bukannya mengikut fikiran yang waras. Bahkan anda akan menyesal sekiranya bergaduh mengikut emosi.

2. Pemilihan tutur kata.

Penggunaan kata-kata dalam pergaduhan ini juga memainkan peranannya. Mana tidaknya, jika anda menggunakan kata-kata yang kasar dan kesat ke atas pasangan anda, pasti dirinya akan marah. Malah ia seolah-olah menambah minyak ke api yang sedang marak. Oleh itu guna kata-kata yang bersesuaian dan tidak menyakiti hati pasangan anda apabila mendengarnya.

3. Penggunan nada yang betul.

Nada juga penting ye dalam pergaduhan. Jika anda terus menggunakan nada yang tinggi seperti menengking pasangan, ia akan membuatkan pasangan anfa terkejut lalu akan mengeluarkan nada yang lebih tinggi. Jadi adalah lebih baik anda menggunakan nada yang mendatar bukannya terlalu tinggi atau terlalu perlahan. Jika tidak menggunakan nada yang betul pasti pergaduhan itu bertambah tegang.



4. Lebih jujur.

Apabila bergaduh anda selalunya akan mencari alasan untuk menutupi kesalahan anda. Tapi apabila anda lebih jujur terhadap pasangan, pergaduhan anda akan lebih cepat reda. Maka jujur sahaja dengan pasangan yang timbulkan sebarang keraguan disebalik setiap alasan yang anda berikan kepadanya.

5. Jangan fikir hendak menang.

Dalam pergaduhan hubungan ini tidak akan ada yang kalah atau yang menang. Itu pun jika anda sayangkan hubungan kalian. Salah seorang perlu mengalah lebih awal untuk menghentikan pergaduhan. Bukannya melawan pasangan untuk memastikan dirinya menang dan tidak kalah dalam pergaduhan itu.

Kalau anda menggunakan cara yang betul dalam bergaduh bersama pasangan. Pasti tidak akan menjadi masalah untuk anda menghentikan pergaduhan tersebut dengan lebih awal. Malah, anda juga tidak memburukan hubungan anda sendiri. Jadi bergaduhlah dengan bijak.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen