11 Cara Bertindak Seperti Lelaki Gentlemen Bersama Orang Yang Anda Sukai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mungkin ada yang menyatakan bahawa diri mereka menyukai lelaki bad boys, tapi itu adalah apabila mereka belum begitu matang atau masih muda. Apabila mereka telah berubah ke arah yang lebih serius seperti ingin mencari pasangan hidup, pasti lelaki gentlemen akan menjadi salah satu pilihan kaum wanita.

Walaupun anda tidak ada sifat gentlemen ini tapi anda boleh memiliki sifat ini. Tidak susah pun, semuanya bergantung pada kemahuan anda. Menawan seorang gadis atau wanita ini adalah bedasarkan sifat yang ada pada diri anda bukan dirinya.



Berikut adalah 11 cara bertindak seperti lelaki gentlemen.

1. Sentiasa pegang pada janji, lelaki gentlemen ini sentiasa berpegang dengan apa yang mereka telah janjikan. Apabila mereka tidak mampu akan satu perkara, mereka tidak akan berjanji kerana takut tidak mampu ditunaikan.

2. Bahasa yang anda gunakan untuk berkomunikasi dengan si dia juga adalah penting. Pastikan anda menggunakan bahasa yang betul. Bukan menggunakan bahasa-bahasa kasar yang menyakitkan hati.

3. Lelaki yang gentlemen ini juga mempunyai sifat mudah bimbang akan orang yang disukai. Jadi anda perlulah menjadi pelindung buat wanita tersebut. Kerap bertanya keadaan dirinya serta bimbangkan dirinya.

4. Anda juga perlu menghormati orang di sekelilingnya. Tidak kiralah sama ada ahli keluarga ataupun rakan-rakannya. Hal ini akan membuatkan anda kelihatan begitu baik dan memikat hati mereka.

5. Jangan hanya bersikap sopan dengan orang yang anda atau dia kenali sahaja. Bersikap sopan dengan semua orang walaupun anda tidak mengenali mereka.



6. Lelaki gentlemen ini biasanya seorang yang bertolak ansur. Jadi anda akan membiarkan dia membuat keputusan namun dalam pada masa yang sama anda bersedia untuk berkompromi dengan dirinya.

7. Kehidupan ini agak sukar untuk ditempuhi seorang diri. Jadi anda perlulah menjadi seseorang yang memudahkan hidupnya. Sebagai contoh peneman yang setia atau pemberi semangat. Barulah dia lihat anda sebagai pasangan yang bermakna.

8. Jangan menghalang apa yang dirinya sukai atau mahu lakukan. Biarkan dia menjadi diri sendiri apabila dengan anda. Barulah dia akan merasak lebih selesa bersama anda.

9. Lelaki gentlemen ini biasanya adalah pendengar yang baik. Jadi cuba untuk menjadi pendengar yang baik buat si dia. Barulah dia akan lihat bertapa pentingnya ada di sisinya.

10. Walaupun ada tidak suka dikawal dan ingin sentiasa bebas, tapi sekali sekala anda perlulah membiarkan dirinya mengawal anda. Barulah dia merasakan dia berjaya memiliki anda sepenuhnya.

11. Jangan sentiasa puas dengan hubungan yang ada. Sekali sekala cuba untuk ambil beberapa cara untuk membuat hubungan itu segar semula. Jangan biarkan hubungan itu terlalu mendatar. Ia tidak elok untuk anda dan pasangan.

Untuk menjadi seorang gentlemen ini perlu dilakukan dengan rela hati, bukannya dengan kepura-puraan untuk memiliki si dia sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen