Antara Kejutan Tidak Terduga Yang Akan Membuatkan Wanita Tersenyum Manja. Jom Cuba!

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak buat wanita tersenyum dan jatuh cinta dengan anda itu tidaklah sukar mana pun. Hal ini kerana, mereka ini terlalu mudah untuk dibahagiakan dengan perkara-perkara yang mudah sahaja. jika anda pandai ambil hatinya, tidak susah pun untuk mereka ini berikan senyuman yang paling manis buat anda. Malah akan terus melekat di sisi anda. Namun begitu, ramai lelaki yang beranggapan bahawa wanita ini sukakan kejutan yang mahal dan begitu gah, tapi sebenarnya tidak. Jom cuba 5 kejutan ini.



1. Buat album gambar untuknya.

Nampak remeh tapi ini terlalu sweet hingga potong kaki. Anda boleh buat satu album gambar khas untuk dirinya atau untuk kalian berdua. Letakkan gambar anda berserta dengannya. Pastikan di dalam album gambar tersebut, anda miliki banyak saat manis bersamanya. Dan paling menarik adalah apabila gambar tersebut diambil oleh anda dalam senyap. Pasti dirinya akan teruja dan bahagia apabila melihatnya.

2. Nyanyikan sebuah lagu untuknya.

Mungkin ia adalah perkara biasa yang anda lihat. Tapi yang paling unik anda boleh lakukan adalah, menyanyikan lagi khas untuk dirinya dan tidak lupa untuk memuat naiknya ke dalam media sosial anda. jangan risau kalau suara anda tidak merdu, tapi dia pasti akan terkejut dan sangat gembira apabila melihat perkara tersebut. Ia akan membuatkan dia lebih berminat terhadap diri anda.

3. Buat satu puisi untuk dirinya.

Apabila bercakap mengenai puisi pasti banyak menggunakan kata-kata merayu. Tapi pada masa yang sama anda boleh selitkan dengan kata-kata romantik yang membuat dirinya terharu. Untuk lebih manis lagi, letakkan kata penghargaan yang sememangnya anda sangat berterima kasih akan kehadirannya dalam hidup anda.



4. Ada di sisinya khas untuk mereka yang PJJ.

Biasanya pasangan anda tidak akan meminta satu perkara yang lebih apabila berjauhan. Jadi buat mereka yang sedang jalani percintaan jarak jauh ini, apa kata anda berikan kejutan dengan menghadiahkan masa dan diri anda di saat hari lahirnya. Mungkin anda rasa ia tidak romantik tapi pasti pasangan anda akan bahagia sepanjang hari.

5. Menjerit namanya di khalayak ramai.

Ini adalah perkara yang memalukan tapi ia sangat menjimatkan buat anda yang malas untuk menghasilkan apa-apa buat pasangan anda. Anda jerit sahaja nama pasangan anda itu di dalam lautan manusia, di puncak gunung atau di mana-mana sahaja. Tapi jika dia tiada di sisi, jangan lupa rakam dan memuat naik di media sosial anda. Barulah sweet.

Mudah bukan nak bagi kejutan buat pasangan anda. Kadang kala ia tidak perlukan modal pun untuk membuat kekasih hati anda itu bahagia dan tersenyum manja untuk anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen