Pupuklah Sikap Sabar Dalam Mendekatkan Diri Dengan Jodoh.

Setiap ciptaan Allah mempunyai pelbagai sifat dan sikap untuk menghidupkan suasana mahupun menceriakan keadaan. Manakan tidak, manusia juga mempunyai pelbagai ragam untuk memeriahkan keadaan di sekeliling. Jika semuanya pendiam belaka, tentu tidak seronok bukan. Ada yang suka mengusik, ada yang suka di usik. Terpulang kepada setiap individu.

Tetapi bagaimana pula dengan individu yang sering merimaskan hari-hari anda. Malangnya si dia itu adalah pasangan pilihan anda. Pasangan yang anda mahu jadikan teman hidup sehingga syurga.

Anda menjadi ragu-ragu, adakah si dia itu mahukan hubungan yang serius?

Saban hari anda menyoalkan soalan yang sama pada pasangan;

“Awak sayang saya tak? Jangan curang tau!”

“Awak ramai kawan lelaki ke? Takkan awak tak ada hati dengan dorang?”

“Cinta awak terhadap saya pada tahap mana?”

Apabila sudah mengenali seseorang, anda pasti merasakan “Ouh, he’s the one..” atau “Ouh, she’s the one…” akan tetapi apabila telah lama berkenalan dengan menjalinkan hubungan, pasti ada perasaan ragu-ragu tersebut. Dalam niat yang benar-benar untuk mendekatkan diri pada pasangan (bakal jodoh) sudah pasti anda banyak berusaha melakukan perkara yang berkaitan dengan jodoh ini seperti…

Memperbaiki diri…

Mendekatkan diri pada Allah SWT….

Berdoa pada Allah tentang si dia….

“Adakah si dia adalah jodoh anda? Atau ujian dari Allah untuk anda?”

Kemudian pupuklah sikap sabar semasa mengenali si dia, kerana manusia ini adalah insan yang lemah dan pendosa. Sering melakukan kesilapan (dosa), malah berulang kali. Jadi, bagaimana apabila anda merasakan sudah banyak bersabar dengan pasangan tetapi…

Sukarnya untuk mengawal si dia! Si dia seperti tidak mahu di arah, di bentuk dan sukar untuk dinasihati. Adakah dia tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan hingga ke jinjang pelamin? Pelbagai cara anda lakukan untuk menarik perhatian si dia.

Malah, ketika pertunangan juga anda tahu akan menghadapi cabaran yang sangat kuat. Tetapi cabaran yang bagaimanakah yang dikatakan sangat hebat itu?

  • Cabaran pekerjaan.
  • Cabaran kewangan.
  • Cabaran melihat orang lain lebih sempurna dari tunang sendiri. Menjadi ragu-ragu sama ada si dia adalah jodoh anda atau tidak?
  • Cabaran kehilangan(kematian) ahli keluarga.

Jika cabaran sebegini anda dapat tempuhi dengan sabar dan bertenang bersama tunang tersayang, perkara kecil juga anda dengan si dia akan dapat hadapi. Namun, jika perkara kecil atau remeh tidak dapat selesaikan seperti…

  • Tidak jawab panggilan.
  • Whatsapp dibiarkan blue tick.
  • Tak dapat meluangkan masa sebab jauh, khuatir pasangan curang padahal sama-sama mahu mencari rezeki, terutamanya pasangan yang bekerja beruniform dan seumpama dengannya.
  • Soalan remeh yang tiada jawapan, padahal dah ada jawapan. Khusus pada kaum wanita yang suka bertanya soalan bertubi-tubi padahal sudah ada jawapan semata-mata untuk memuaskan hati mereka.

Bagaimana? Patutkah si dia di tinggalkan? Nanti!

Seperti yang di sebut di dalam Al-Qur’an surah Al-Baqarah ayat 45:

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk..”

SABAR.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)” (Al-Imran: 200)

Sedangkan pada zaman Nabi, sahabat-sahabat nabi mampu menjadi sabar ketika peperangan sehingga peroleh kemenangan. Bandingkan pula dengan hidup kita yang tiada medan perang, hanya untuk mencari sesuap nasi sebagai rezeki dan pasangan. Bersyukurlah kita, bersabar la kita. Berusaha dan bertawakal, solat jangan lupa.

Insya Allah petunjuk dari Allah itu pasti ada.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen