“Kegagalan Rumah Tangga Tidak Selalunya Buruk….” Jom Ikuti Perkongsian Ini.

Kegagalan dalam rumah tangga terjadi apabila hubungan yang semakin menjauh dan berantakan. Apabila kedua-dua pihak tidak mahu menyelesaikan konflik rumah tangga, dan hanya membiarkan sahaja pasti akan berasa sangat tertekan. Suami isteri juga mula mengambil endah tentang hubungan tersebut, tetapi mengutamakan sepenuhnya tanggung jawab pada anak pula.

Tanggung jawab sebagai isteri tiada…

Tanggung jawab sebagai suami pun tiada…

Yang ada hanyalah tanggung jawab sebagai ibu dan bapa pada anak-anak. Jika tanggung jawab ini diutamakan berbanding peranan sebagai suami isteri, sudah tentu ia tidak seimbang dalam hubungan kekeluargaan. Anak-anak mula mendapati ibu dan ayahnya sudah tidak lagi berkasih sayang. Jika perkara ini yang berlaku, pasti akan memberi kesan pada minda anak-anak, dan akan mempengaruhi sikap mereka waktu besar kelak.

Jom ikuti seperti perkongsian ini….

********

Ada kalanya “kegagalan” itu perlu dilalui kerana dpt memberi penyelesaian kpd pasangan terbabit bagi membina sebuah kehidupan baru, yg lebih baik atau sebagai satu proses pemulihan mental serta peluang untuk memperbaiki diri sendiri...

Kadangkala "kegagalan" itu dpt juga membawa kebaikan dan manfaat kepada kita...

Perkahwinan bukanlah kisah fantasi bahagia seperti yg kita impikan, kerana realitinya jauh berbeza...bersikap positiflah dengan kegagalan itu kerana kadang kala sebagai hamba, kita sendiri gagal mengetahui apa yg kita benar2 mahukan dan apa yang terbaik untuk diri kita sendiri…Kebanyakan dr kita takut kepada perpisahan, takut kpd kegagalan, lalu berusaha untuk bersabar dengan apa jua dugaan dan keadaan…cara itu salah…fahami matlamat perkahwinan dulu…apa yg perlu ada didlm sesebuah perkahwinan utk perkahwinan itu bahagia dan kekal lama hingga ke Jannah…

Sikap terbaik ketika menghadapi “kegagalan” rumahtangga adalah sentiasa berfikiran positif dan optimis bahawa kemungkinan kegagalan ini adalah satu peluang untuk diri kita…

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang diingini oleh Allah akan kebaikan, maka diujinya dengan musibah." Allah ingin memberi kebaikan kpd kita, maka Dia timpakan kita dgn musibah kerana kita hanya akan dapat kebaikan itu setelah kita berjaya menempuhi musibah yg diberikan-Nya…

Tindakan seterusnya adalah

Mengatur perancangan dan melakukan muhasabah…

Apa yg kita nak buat lepas ni, mcm mna kita nak teruskan kehidupan…

Apa kekurangan dan kelemahan terdahulu…

Apa yg boleh diperbaiki dan sebagainya…

Nak menyesal itu boleh, tapi penyesalan di atas kesilapan yang membawa kepada kegagalan hendaklah dibuat secara positif dan memberi manfaat kepada diri…

Jangan membuang masa dgn mengeluh dan bersedih terlalu lama…seolah2 hidup kita dah smpai ke penghujungnya…

Bagi mereka bijak dan memahami agama, mereka akan segera kembali bangkit serta berusaha dengan lebih gigih lagi dan mengambil pengajaran daripada kesilapan untuk menjadi manusia yang lebih baik pada masa hadapan…bagi mereka juga, kegagalan itu adalah cara Allah mengatakan “ Aku mempunyai sesuatu yg lebih baik lagi utkmu”…

*******


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen