Petanda Pasangan Anda Seorang Yang Setia.

Dalam percintaan, setiap insan pasti mahukan pasangan yang boleh menjadi setia sehingga ke jinjang pelamin malah hingga ke Jannah. Siapa sahaja yang tidak mahu pasangan yang tidak setia, kan? Jom lihat tanda-tanda pasangan anda adalah seorang yang setia…

1. Boleh membimbing dan melindung.

Memiliki pasangan adalah apabila diri anda merasakan dibimbing dan dilindungi oleh pasangan. Sekiranya ketika bercinta anda tidak dapat merasakan perasaan sebegitu, adakah anda diibaratkan sebagai patung? Patung cendana? Sudah pasti jika si dia adalah seorang yang setia, si dia rela untuk membimbing dan melindungi anda seorang sahaja.

2. Menghormati dan menghargai.

Apabila mencintai seseorang, secara tidak langsung kita akan cuba untuk menghormati dan menghargai pasangan. Ini kerana kita mahu menjaga hati orang yang kita cintai. Tetapi jika anda tidak dapat merasakan 2 perkara ini, berkemungkinan si dia tidak boleh menjadi seorang yang setia. Hatinya berbelah bagi.

3. Jujur.

Seorang yang setia juga adalah seorang yang jujur. Setiap perbuatan dan percakapannya tiada rahsia. Malah tiada niat tersembunyi pun mahu merahsiakan sesuatu perkara dari anda. Jika si dia tidak boleh jujur dengan anda, pasti si dia ada menyembunyikan sesuatu kerana takut anda tidak percaya padanya.

4. Bersyukur.

Seorang yang setia adalah seorang yang tahu untuk bersyukur. Pasangan menerima anda dengan seadanya, malah anda jarang mahu mendengar si dia mengeluh atau merungut tentang sesuatu perkara yang tidak disukainya. Si dia juga berasa puas hati walaupun menerima rezeki yang sedikit.

5. Menepati janji.

Jika si dia seorang yang sukar menepati janji dan masa, pasti si dia sukar untuk menjadi seorang yang setia. Jika benar si dia hanya memiliki anda seorang sebagai pasangannya, pasti si dia akan cuba sedaya upaya untuk menepati janji. Namun apabila tidak menepati janji pasti akan meminta maaf tanpa menghilang begitu sahaja.

Malah pasti menghubungi anda, jika si dia sibuk.

6. Selesa dan yakin.

Seorang yang setia adalah insan yang begitu selesa dan yakin dengan diri anda. Ini bermakna si dia dapat menerima anda seadanya, tidak perlu menjadi seorang hipokrit. Malah dia begitu yakin dengan dirinya dimana tidak perlu menjadi fake untuk mencuri perhatian anda.

7. Bukan seorang yang suka ‘test market’.

Lumrah seorang lelaki seolah-olah tidak cukup seorang kekasihnya. Pasti ada sahaja masa untuk ‘test market’ dirinya. Masih laku atau tidak? Jika pasangan tidak melakukan perkara ini, cukup hanya anda seorang sahaja, pasti anda seorang yang bertuah!

8. Bijak mengawal ego.

Tanda terakhir adalah pasangan anda boleh mengawal egonya sendiri, malah mengawal ego anda juga daripada terpengaruhi dengan emosi yang mudah berubah. Baginya untuk menjadi seorang yang setia, tidak perlu menjadi ego antara satu sama lain kerana ia akan menjurus ke hubungan yang sia-sia dan tidak sihat.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen